Fesyen mengundang kecaman, 5 artis wanita pernah dihentam kerana imej seksi


  • Hiburan
  • Ahad, 08 Jan 2023

Selain Riena Diana, ada beberapa pelakon lain turut dikritik kerana pakaian yang digayakan.

GELARAN selebriti yang penuh dengan glamor dan populariti mempunyai harga yang perlu dibayar.

Menjadi individu terkenal terutamanya artis membuatkan golongan ini sentiasa menjadi medan sasaran warga maya.

Apa sahaja dilakukan, menjalin hubungan dengan siapa, bercuti ke mana, nilai aset dimiliki termasuk jenis busana yang pakai.

Selain membelek soal harga, warga maya juga peka sekiranya pakaian dipakai kelihatan tidak bersesuaian sehingga menampakkan perkara yang tidak sepatutnya.

Perkara itu yang berlaku pada pelakon Kampung People, Riena Diana yang dikatakan membuntang mata sesiapa melihat.

Berkongsi gambar menyambut kedatangan tahun baharu minggu lalu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal bagaimanapun terbuka menerima kritikan dan mengakui memang memiliki imej sebegitu sejak dahulu lagi.

Namun, bukan hanya dia sahaja yang pernah berhadapan dengan isu itu, berikut Majoriti senaraikan lima artis wanita lain dengan situasi sama.

Hawa Rizwana

majoriti2023 (4)

Pengacara jelita yang wajahnya sering dikatakan iras Neelofa ini semakin rancak meniti di bibir peminat.

Bukan sahaja pesona jelita, bahkan kebolehkan pengacaraan Hawa Rizwana sentiasa mendapat pujian.

Namun, itu tidak cukup buatnya kebal kepada kata-kata nista warga maya.

Hawa pernah dikatakan tampil seksi apabila mengenakan seluar seperti disco pant berwarna hitam bagi disesuaian dengan tema rock.

Sebelum itu dia juga pernah dikritik kerana memakai pakaian sukan berbasikal terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.

Masya Masyitah

majoriti2023 (1)

Seorang lagi artis wanita dengan imej bertudung, Masya Masyitah. Tidak dinafikan wajah comel Masya menyerlahkan lagi keayuan gadis berusia 22 tahun ini.

Bagaimanapun, penampilan Masya mendapat teguran dan dikatakan tidak padan dengan gaya dirinya sebagai wanita bertudung.

Dalam pada teruja berkongsi gambar percutian di Tokyo, Jepun, pilihan fesyen Masya seluar pendek paras pinggul dengan padanan legging putih.

Bertemakan denim, penampilan Masya di Instagram itu secara tidak langsung meletuskan ledakan lahar warga maya.

Noor Neelofa

majoriti2023 (3)

Selebriti dan usahawan Neelofa sentiasa menjadi buruan mata memandang. Mula mencipta kerjaya dalam bidang seni selepas bergelar Juara Dewi Remaja 2009/2010, apa sahaja yang dipakai oleh ibu anak satu ini akan menarik perhatian.

Mengambil keputusan untuk mengenakan hijab pada Ramadan 2014. Meskipun mengenakan tudung, wanita berusia 33 tahun itu beberapa kali muncul dengan pelbagai fesyen ikonik dan membuatkan dirinya menjadi topik hangat.

Salah satunya ‘fesyen ikan laga’ yang menuai pelbagai komen nakal peminat. Rata-rata mengatakan material baju tersebut yang lembut sehingga menampakkan beberapa bahagian bentuk badan pengacara itu.

Perkara itu berlaku sewaktu dia mengacarakan rancangan bual bicara Next To Neelofa di saluran Astro Ria.

Eyka Farhana

majoriti2023 (2)_edit

Pelakon drama Pretty Little Liars Indonesia, Eyka Farhana turut pernah menjadi padang sasar warga maya yang mengkritik penampilan menjolok mata.

Masakan tidak pelakon cantik itu dikecam gara-gara memuat naik video kempen memperagakan pakaian dalam jenama antarabangsa, Calvin Klein.

Menampakkan bahagian bahagian perut, imej Eyka itu sekali gus menjadi pusat perhatian dan warga maya tidak melepaskan peluang mengkritiknya.

Datin Elvina Mohamad

majoriti2023 (5)

Pelakon jelita, Datin Elvina Mohamad menerima kecaman apabila mengenakan mengenakan gaun pendek paras paha.

Dia menggayakan pakaian tersebut sewaktu hadir ke acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).

Setelah mendapat teguran, Elvina kemudian membuat permohonan maaf atas pemakaiannya yang sudah menimbulkan rasa kurang senang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram