SEORANG penunggang motosikal nyaris dilenyek sebuah kenderaan apabila terjatuh dilanggar lori sehingga menyebabkan dia dipercayai pengsan di Kuala Lumpur pada Selasa.
Kejadian itu berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang hampir melanggar mangsa.
Ketika kejadian, mangsa pada mulanya menunggang motosikal di laluan kiri sebelum sebuah lori dengan secara tiba-tiba memasuki lorong terbabit.
Namun kecuaian pemandu lori itu menyebabkan dia melanggar penunggang motosikal sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk penghadang besi.
Menerusi rakaman tersebut, mangsa dipercayai pengsan akibat pelanggaran itu kerana reaksi badannya kelihatan lembik.
Difahamkan video kejadian berdurasi 33 saat itu dipercayai berlaku di jalan yang menghala ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang kejadian tersebut.
"Naik motor pun kena pandai, nak potong lori blind spot besar ini kena potong luas, rapat kanan baru nampak dalam side mirror lori," ujar Hakim Aha.
"Dia dah nampk lori ke kiri sebab itu motor potong kanan, tiba-tiba lori itu tukar laluan himpit motor," jelas MH Awang.
"Semoga mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius hendaknya dan dilindungi Allah," kata Abd Halim Osman.
"Bagi saya, dua dua salah, lori tak peka, tak bagi signal, cepat sangat buat keputusan," luah Kamïl ßlueröse.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan mangsa sama ada mengalami kecederaan parah atau tidak.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram