[VIDEO] Polis buru sekumpulan lelaki merusuh di sebuah premis hiburan JB


  • 112
  • Sabtu, 31 Dis 2022

Tangkap layar video sekumpulan lelaki membuat kecoh serta melakukan khianat dengan merosakkan barangan di sebuah premis hiburan.

POLIS kini sedang memburu sekumpulan lelaki yang terlibat dalam insiden rusuhan di dalam sebuah pusat hiburan di Taman Ekoflora, Johor Bahru, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat video tular memaparkan aksi suspek merosakkan beberapa harta benda pada pukul 11.30 malam Khamis.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada anggota Balai Polis Setia Indah pada pukul 1.37 pagi Jumaat.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat.

“Polis kini masih menyiasat punca kejadian, tarikh dah masa sebenar insiden terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sebarang maklumat boleh berhubung Pegawai Penyiasat Inspektor Tuan Muhammad Fadzil Tuan Wil di talian 01140678218.

Terdahulu tular di sosial media sekumpulan lelaki merusuh dan membuat kecoh serta melakukan khianat dengan merosakkan barangan di sebuah premis hiburan di Johor Bahru, Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram