Lelaki tunggang motor sambil acu pisau berdepan hukuman penjara 5 tahun


Tangkap layar video tular memaparkan kejadian tertuduh mengacukan pisau ke arah orang ramai.

SEORANG lelaki berusia 42 tahun didakwa di Mahkamah Sibu, Sarawak pada Jumaat kerana memiliki sebilah pisau di tempat awam.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ling Pick Teck, yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Penolong Pendaftar Mahkamah Sibu, Romme Ahmad Zaidi turut memerintahkan tertuduh direman sehingga 9 Januari ini bagi sebutan semula kes.

Tertuduh ditahan pada pukul 9 malam di Jalan Bukit Assek pada 28 Disember, selepas klip video mula tular di media sosial, menunjukkan dia menunggang motosikal dan mengacu pisau ke arah orang ramai di sepanjang Jalan Pulau, Sibu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram