PANDEMIK Covid-19 berjaya mengubah konsep dan cara bekerja pada masa kini, iaitu mengamalkan konsep budaya bekerja secara hibrid.
Budaya bekerja secara hibrid merujuk kepada model kerja fleksibel yang menyokong gabungan pekerja di pejabat, rumah, mahupun dalam sebuah perjalanan.
Sunsuria Berhad (Sunsuria) dengan kerjasama Colony Space Asia Sdn Bhd (Colony), menyediakan ruang dalaman kerja yang moden dan bergaya untuk komuniti di Setia Alam.
Pengerusi Eksekutif Sunsuria, Tan Sri Datuk Ter Leong Yap amat berbesar hati menjalinkan kerjasama bersama Colony di Forum Sunsuria, Setia Alam.
"Saya sangat teruja kerana bakal menyediakan ruang kerja premium dan mewah serta kondusif dan selesa untuk semua pada harga yang berpatutan di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kerjasama tersebut menyaksikan ruang kerja seluas 11,454 kaki persegi di tingkat 9 iaitu Forum Sunsuria yang terletak di 7th Avenue di Setia Alam.
Forum Sunsuria merupakan hab kehidupan sosial yang mengubah latar langit Setia Alam dalam menggabungkan ruang klasik dengan suasana bandar bagi menghasilkan perbezaan yang menarik.
Pengarah Eksekutif Colony, Timothy Tiah turut menyuarakan kegembiraannya atas kerjasama yang dibina itu.
"Kami bersyukur atas peluang yang membolehkan Colony meluaskan sayap di Sunsuria untuk komuniti lebih besar di dalam dan sekitar Setia Alam," katanya.
Kerjasama yang dilakukan adalah bagi komuniti sekitar Forum Sunsuria Setia Alam.
Sunsuria Berhad
Untuk makluman, Pengasas dan Pemilik Sunsuria Berhad, Tan Sri Datuk Ter Leong Yap mula membangunkan pelbagai projek hartanah kediaman, komersial dan perindustrian di Lembah Klang bermula pada tahun 1989.
Kini, Sunsuria merupakan pemaju hartanah yang tersenarai dalam pelbagai aspek serta mapan, yang turut mempelbagaikan ke dalam pembinaan, landskap, pendidikan, penjagaan kesihatan, peruncitan, pegangan pelaburan dan usaha sama pelengkap perniagaan yang lain.
Colony Space Asia
Diasaskan oleh Timothy Tiah dan Audrey Ooi pada hujung 2017 dan mula terkenal kerana layanan yang ditawarkan kepada setiap pelanggan.
Colony menawarkan ruang kerja mewah dan pembekal pejabat yang diservis dengan pelan dan penetapan harga tersusun bagi menghapuskan kos persediaan yang tinggi, kerumitan penyelenggaraan dan kontrak sewa jangka panjang.
Setiap lokasi Colony membawa konsep berbeza dengan elemen reka bentuk tersendiri sehingga memberikan personaliti tersendiri.
Beberapa lokasi tersebut juga diiktiraf sebagai salah satu dalaman pejabat terbaik di Asia Pasifik oleh Anugerah Hartanah Antarabangsa (IPA) yang terkenal.
Ruang dalaman moden dan bergaya di ruang kerja mewah yang sangat dinanti-nantikan itu bakal direka bentuk dan dibina oleh Colony dan Sunsuria.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram