Selain telur, Mat Sabu perlu tumpu 2 lagi isu 'core' MAFS


  • Primer
  • Jumaat, 23 Dis 2022

Ada beberapa perkara perlu diberi perhatian Mat Sabu di bawah kementeriannya.

SIAPA yang tidak kenal dengan pemimpin paling lantang setiap kali menyampaikan ceramah politik, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Presiden Amanah itu cukup dikenali dengan ceramah politik yang cukup menarik dan gimik yang menarik perhatian seperti melemparkan mikrofon sebagai tanda melepaskan geram.

Melihat kepada portfolionya dalam kepimpinan negara, Mat Sabu sebelum ini buat pertama kali menjadi menteri ketika Pakatan Harapan (PH) meneraju negara pada 2018 dengan mengemudi Kementerian Pertahanan.

Namun, dia cuma berada di kedudukan itu selama 22 bulan selepas kerajaan PH kehilangan kuasa selepas kerajaan beralih kuasa.

Kerajaan perpaduan yang menyatukan gabungan politik PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyaksikan Mat Sabu sekali lagi dilantik menjadi menteri.

Cuma kedudukannya kali ini telah berubah dengan mengemudi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

Tidak boleh terlalu selesa dengan kedudukannya, jawatan di kementerian itu juga mempunyai beberapa masalah yang perlu diselesaikan.

Berikut Majoriti senaraikan beberapa isu yang kini menjadi tumpuan dan perlu diberi perhatian Mat Sabu sebagai menteri.

(BRIEF CAPTION): Supply of eggs at markets and supermarkets(October 28, 2022 ) — CHAN BOON KAI/The Star

Isu harga dan bekalan telur sebelum ini menjadi tumpuan rakyat.

Isu import telur

Isu bekalan telur dalam pasaran yang terhad sebelum ini menjadi kegusaran dalam kalangan rakyat.

Mat Sabu menerusi kementeriannya sebelum ini menyatakan bahawa proses mengimport telur dari luar negara akan dilakukan untuk menampung keperluan bekalan telur ayam dalam negara.

Langkah itu juga dinyatakan sebagai pelan jangka pendek sementara menunggu bekalan dalam negara kembali stabil.

Namun, ada yang menganggap bahawa perkara itu tidak sepatutnya dilakukan kerana tiada janji yang mengatakan bahawa proses import telur akan dihentikan selepas ini.

Rata-rata penternak merasakan bahawa pihak yang dilantik untuk mengimport telur akan terus beroperasi walaupun bekalan sudah kembali stabil dan ini akan memberi kesan jangka panjang pada pengeluar telur tempatan.

Ramai berpendapat bahawa isu ini diselesaikan dalam negara dahulu seperti menghentikan proses eksport telur sehinggalah bekalan kembali stabil.

A fisherman mending his net after coming back from the sea at Kampung Pendas Laut in Gelang Patah, Johor.  — THOMAS YONG/The Star

Bantuan terhadap golongan tertentu perlu dinilai semula.

Bantuan kepada golongan B40

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini banyak kali menekankan isu bantuan atau subsidi yang lebih tersasar.

Perkara sama juga perlu diperhalusi oleh Mat Sabu berkenaan bantuan yang diberikan kepada golongan penternak dan nelayan.

Tinjauan Majoriti di media sosial mendapati terdapat beberapa warganet yang memaklumkan bahawa bantuan juga diberikan kepada golongan M40 dan T20.

Mat Sabu mungkin boleh menyemak semula bantuan atau subsidi yang diberikan supaya setiap sumbangan itu khusus kepada yang memerlukan atau mampu memberikan impak yang setimpal khususnya buat pengguna.

Ini kerana apa sahaja bantuan dan subsidi yang diberikan akan memberi kesan kepada harga barangan sekali gus dapat membantu rakyat.

WhatsApp-Image-2022-12-14-at-12.51.05-PM

Pertemuan antara Mat Sabu (tiga dari kiri) bersama Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayob.

Kaji semula fungsi MAFS, KPDN

Isu kenaikan harga barangan sehingga kini menjadi kerisauan dalam kalangan rakyat kerana kenaikan yang dilaporkan saban tahun.

Bila bercakap mengenai pelarasan harga, terdapat dua kementerian yang terlibat iaitu kementerian yang diterajui Mat Sabu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

KPDN akan bertindak sebagai kementerian yang mengawal harga barang manakala MAFS pula menentukan harga barang.

Perlu ada kerjasama yang erat antara kedua-dua kementerian ini terutamanya melibatkan harga barang yang berkait rapat dengan pelanggan.

Mungkin satu idea yang baik jika kedua-dua kementerian ini mewujudkan satu agensi khas berkaitan kawalan harga dan bekalan makanan supaya tidak berlaku percanggahan dalam sebarang keputusan yang dibuat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram