Rai ulang tahun pertama, Kisah Orang Mati antara tarikan My Friend FM


  • Hiburan
  • Sabtu, 24 Dis 2022

Barisan penyampai My Friend FM yang terdiri daripada Charl Tazen, Pool, Jamal Jay Jamaluddin, Iera Yusoff dan Teha Sukor ketika meraikan ulang tahun pertama stesen tersebut baru-baru ini.

MEMPERDENGARKAN barisan untaian lagu tempatan dan antarabangsa, segmen menarik juga menjadi salah satu daya tarikan pendengar.

Bersaing dengan stesen radio popular lain, My Friend FM bagaimanapun tidak terkecuali untuk berada di landasan sama sekali gus mempamerkan kewibawaan dalam bersiaran ke udara.

Meraikan ulang tahun pertama, berikut antara perkara perlu tahu mengenai stesen radio terbabit.

MRXH1002

Penyampai

Membariskan Charl Tazen, Pool, Jamal Jay Jamaluddin, Iera Yusoff dan Teha Sukor sebagai penyampai. My Friend FM merupakan sebuah stesen radio dalam talian yang bertemakan Rock dan Retro.

Segmen

Bagi menghiburkan pendengar, pelbagai segmen menarik antaranya Apa khabar, Cakap Sukan, Geng Buskers, Cetusan Hati dan Dedikasi, Borak Santai Bersama Artis Retro, Lagu Baru Artis Otai dan Kisah Orang Mati.

Platform digital

Radio My Friend FM boleh didengari secara atas talian menerusi website http://myfriend.fm atau muat turun aplikasi Playstore myfriendfm atau layari media sosial mereka, http://tiktok.com/@myfriendfmofficial dan Facebook Myfriend.FM https://www.facebook.com/cmfbapakkufm.

Komen penyampai

MRXH1089

"Selama tiga bulan mereka pujuk, barulah saya setuju terima. Bulan Mei lalu, saya beri cadangan pada mereka supaya jadikan konsep radio ini 100 peratus retro.

"Kalau lihat, di luar sana banyak stesen mainkan banyak lagu baru. Saya cakap dengan pengurusan supaya jadikan Myfriendfm umpama Sinar tahun pertama dan kelima yang tak mainkan lagu baru. Itu yang buat Sinar jadi stesen nombor satu pada 2010,” kata Jamal Jay Jamaluddin.

Malas tapi tidak mampu mengelak

"Mulanya saya rasa malas, tetapi apabila fikirkan bidang ini sudah sebati dalam diri, jadi memang tidak boleh mengelak. Mengapa tidak teruskan selagi mampu.

"Saya lebih fikirkan sumbangan saya kepada masyarakat. Saya cuba keluar dari kebiasaan radio utama. Disinilah pendengar boleh dengar lagu dengan bebas, namun tetap menjaga etika dan tidak lari terlalu jauh," kata Pool atau nama sebenarnya Syaiful Bahrim Ahmad Dolbar yang juga pernah memenangi Anugerah Penyiar Versatil Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2005. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram