Dividen ASB jerat majoriti pelabur — Penganalisis


  • Massa
  • Khamis, 22 Dis 2022

Dividen ASB meningkat berbanding tahun lalu tetapi belum cukup tinggi untuk semua pelabur.

PENGUMUMAN yang ditunggu sebahagian besar pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) akhirnya terlerai pada Khamis.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria menerusi satu kenyataannya mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

asb2022_1671685786

Jumlah dividen ASB untuk tahun ini.

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengumumkan bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan adalah sebanyak RM8.9 bilion yang akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit ASB.

Ramai pelabur di media sosial dilihat bersyukur dengan jumlah tersebut namun bagi mereka yang membuat pelaburan, dividen itu dianggap merugikan buat mereka.

Namun, pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, dia melihat kadar dividen itu berbaloi dengan situasi ekonomi negara.

barjoyai-bardai2

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

"Kadar dividen itu cukup credible berasaskan persekitaran ekonomi hari ini.

"Tetapi jumlahnya mungkin menjerat sebahagian besar pelabur Bumiputera yang meminjam untuk melabur dalam ASB ini," katanya kepada Majoriti.

Malah, Barjoyai juga berkata, jumlah dividen ASB tahun ini juga mungkin akan mengakibatkan banyak pihak untuk tidak melabur dalam ASB tahun depan.

Untuk rekod, pemberian dividen kali ini meningkat 10sen seunit berbanding tahun lalu.

Sejak 2011, jumlah tertinggi dividen ASB ialah pada 2012 iaitu sebanyak 8.90sen yang mana pecahannya ialah sebanyak 7.72sen dividen dan bonus, 1.15sen.

Rekod terendah pula dicatatkan ketika pandemik Covid-19 melanda dunia iaitu pada 2020.

Ketika itu, jumlah dividen diberikan sebanyak 3.50sen manakala bonus pula sebanyak 0.75sen menjadikan jumlah keseluruhan hanya sebanyak 4.25sen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram