Luahan ‘I love you’ mampu hilangkan stres, cuba dalami cara pujuk penghidap depresi 


  • Sihat
  • Jumaat, 23 Dis 2022

Berikan sokongan kepada pesakit depresi yang memerlukan ransangan bagi membantu untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

GANGGUAN depresi dipercayai sering berlaku disebabkan tekanan trauma atau beberapa hal yang mampu memicu kepada masalah tersebut.

Individu yang menghidapi tekanan perasaan atau depresi bukan bermakna tidak mampu untuk mempunyai kenalan atau dikelilingi oleh orang tersayang.

Disebabkan itu, mereka mempunyai hak untuk memiliki sokongan dan perhatian. Pelbagai cara boleh dilakukan bagi membantu menceriakan dan menghiburkan.

Berikut antara tindakan yang boleh dilakukan bagi membantu pesakit depresi mengatasi masalah mereka dengan baik.

Young joyful companions discussing funny things while having drinks at home party

Bertanya khabar

Cuba luangkan masa berbual dengan mereka. Sebaiknya gunakan nada tenang dan mempamerkan kesungguhan serta serius mendengar cerita mereka.

Bantu mereka untuk kongsikan perasaan secara terbuka agar berasa lega.

Jangan membuat perbandingan

Ungkapan seperti perbandingan perlu dielak terutama membezakan kisah hidup mereka dengan orang lain mahupun diri sendiri.

Setiap daripada kita tentu mempunyai kisah kehidupan sendiri dan jangan menjadikan perkara itu sebagai bebanan kepada mereka.

Dahulukan mereka

medium-shot-anxiety-concept

Dalam perbualan tersebut, cuba biarkan mereka yang ‘mendominasi’ perbualan. Cuba untuk tidak mengalih cerita atau membicarakan hal lain semata-mata untuk mengalih perhatian.

Sesekali mengulangi kembali apa yang dikongsikan sebagai tanda memahami apa diceritakan.

‘I LOVE YOU’

Luahkan kata sokongan dan rasa hati dengan jelas. Ucapan 'Saya Sayang Kamu' atau 'I Love You' merupakan perkara mudah yang boleh dilakukan.

Katakan dengan penuh perhatian dengan perasaan tenang. Perbuatan itu secara tidak langsung memberi ‘tenaga’ positif kepada mereka.

Jangan meremehkan

A black and white shot of a lonely female standing in front of the windows looking at the buildings

Jauhkan daripada menggunakan ungkapan yang memberi gambaran seperti memperkecilkan diri mereka.

Kata-kata seperti; 'Kita semua mempunyai masalah hidup, bukan kamu seorang' atau 'Masalah itu tidak sebesar mana'.

Perbuatan ini akan membuatkan individu depresi berasa lebih kecewa dan berpendapat perasaan mereka tidak benar.

Kesimpulannya, depresi bukan bermaksud seseorang itu tidak berguna mahupun gagal untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Oleh itu berbicaralah dengan mereka kerana siapa sangka individu di sekitar mungkin sedang mengalami depresi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram