SEORANG remaja lelaki didakwa sengaja merosakkan kamera litar tertutup CCTV di sebuah rumah bagi memudahkan operasi mencuri di Samarahan, Sarawak pada Isnin.
Kejadian itu difahamkan berlaku pada pukul 5.30 pagi ketika remaja berkenaan dilihat mengayuh basikal di hadapan rumah terbabit.
Tindakan mencurigakan suspek dikesan apabila remaja berbaju putih dan berseluar pendek itu mula memanjat ke arah kamera CCTV terbabit.
Selang beberapa minit kemudian, wajah lelaki tersebut terpampang jelas di layar kamera selepas suspek dilihat merosakkan kamera di rumah terbabit.
Dikongsikan di laman Facebook, rakaman itu menerima lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini.
Difahamkan, pencuri terbabit tidak sempat untuk mencuri dan pemilik rumah itu juga tidak mengalami sebarang kerugian ketika kejadian.
Namun, kegiatan itu nyata mengundang pelbagai persoalan dan spekulasi berhubung tindakan remaja tersebut yang dipercayai mempunyai niat jahat.
Johny Onny berpendapat, remaja itu perlu ditangkap segera sebelum dia datang semula keesokan harinya.
"Kantoi dah, harap dapat ditangkap segera remaja itu kalau dibiarkan mungkin dia akan datang semula keesokan harinya untuk merompak semula," katanya.
"Kaki, tangan semua sempurna kenapa nak mencuri, usia masih muda tapi dah belajar mencuri, bila dah besar menyusahkan ibu bapa sahaja," ujar Iman Amaroi.
"Kalau jumpa tampar terus muka budak itu, budak yang baik tak akan merosakkan harta orang, tangkap dia suruh bayar ganti rugi," tambah Joheynes Easter.
Laporan polis telah dibuat susulan kejadian itu dan polis daerah Kota Samarahan sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
Suspek yang masih bebas kini dalam buruan polis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram