SEORANG lelaki mengalami luka pendarahan di muka selepas dipukul dan dihentak dengan topi keledar di George Town, Pulau Pinang pada Isnin.
Insiden itu dilaporkan berlaku selepas lelaki berkaca mata dan berbaju biru itu didakwa ditangkap mencuri topi keledar di kawasan berkenaan.
Malang tidak berbau, kegiatan mencuri tersebut berjaya dihidu dan dicekup oleh si pemilik sekali gus menyebabkan lelaki berkenaan dipukul dengan teruk ketika kejadian.
Gagal mengawal kemarahan, si pemilik menghayun topi keledarnya ke arah muka dan memijak serta menumbuk lelaki tersebut berulang kali sebelum menendang cermin sisi kenderaannya.
Dikongsikan di laman Facebook, rakaman tular itu menerima lebih 15,000 jumlah tontonan setakat ini.
Difahamkan, lelaki tersebut sering terpalit dengan kes kecurian topi keledar di sekitar George Town sebelum ini, namun belum pernah tertangkap oleh mana-mana pihak.
Susulan kejadian itu, rata-rata warganet mengecam kejadian berkenaan dengan kesalahan sepenuhnya diletakkan kepada si pencuri terbabit.
"Memang patut pencuri macam itu dibelasah, jangan dia ingat boleh terlepas kali ini, kena pukul baru dia akan menyesal dan tidak berani mencuri lagi," kata Keong Nah Kim.
"Muka nampak baik dan seperti seorang yang jujur, tapi perbuatan mencuri memang tak boleh dimaafkan dan perlu dilaporkan kepada polis segera," jelas Huat Soon.
"Kalau betul bersalah, sebaiknya bawa ke balai polis bukannya hukum sendiri, negara kita ada undang-undang bukan boleh main pukul sesuka hati, ujar Caison Lim.
Namun, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian itu dan Majoriti sedang berusaha mendapatkan pemilik video tersebut untuk maklumat lebih terperinci. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram