Bukan sekadar tukar nama, KKD perlu fokus 5 perkara ini


  • Politik
  • Selasa, 20 Dis 2022

Fahmi dilihat banyak memberi fokus terhadap isu kawalan kandungan media sosial.

LANTIKAN Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) sememangnya menjadi tumpuan rakyat.

Selepas tular tindakan spontannya ketika mengadakan sidang media dan pertukaran nama kementeriannya, tugas dilakukan Fahmi terus menjadi perhatian.

Ramai yang mula membandingkan dirinya dengan menteri sebelum ini iaitu Gobind Singh Deo, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Tan Sri Annuar Musa.

Apa sebenarnya yang menjadi fokus kepada kementerian yang diterajui Fahmi? Berikut Majoriti senaraikan lima perkara yang boleh jadi tumpuan menteri itu.

1005363

Masalah industri seni

Mungkin ramai yang tidak tahu, Fahmi pernah berkecimpung dalam bidang seni sebagai seorang penulis skrip, pelakon dan pengarah.

Malah, dia juga pernah menggalas peranan sebagai watak tambahan dalam drama Gol & Gincu pada 2006, selain membintangi beberapa teater tempatan.

Pasti Fahmi tahu apa kemelut yang dilanda anak seni seperti yang disuarakan pengarah dan pelakon versatil, Fauziah Ahmad Daud.

Isu royalti dan kebajikan antara perkara yang tidak pernah selesai dan Fahmi perlu mengadakan sesi pertemuan untuk mencari penyelesaian serta kaedah bagi menangani perkara itu.

12MP aims to bridge the digital gap between urban and rural areas by improving facilities and extending coverage. — Bernama

Jaringan capaian internet

Negara sekarang sedang bergerak untuk memacu dunia digital dalam kehidupan seharian. Malah, sistem di pejabat dan agensi kerajaan juga kini banyak diubah ke arah sistem pendigitalan.

Terbaharu, capaian internet 5G juga sudah diperkenalkan di beberapa kawasan tumpuan seluruh negara.

Namun, di sebalik kejayaan itu, masih ada lagi kawasan tidak mendapat capaian internet hingga menyukarkan urusan seharian.

Perkara ini amat menyedihkan apatah lagi sistem pendidikan juga sudah mula beralih ke arah digital dan jika masih ada kawasan yang tidak punya capaian, maka sistem pendidikan juga akan terganggu.

Annuar sebelum ini pernah melaksanakan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk memastikan akses internet yang lebih baik dan mungkin, Fahmi boleh meluaskan lagi usaha tersebut.

FILED - Given the mental health associations with social media addiction, researchers have warned about the addictive qualities of TikTok's design. App designers have now integrated digital wellbeing features. Photo: Jens Kalaene/dpa

Kawalan media sosial

Jika dilihat apa yang menjadi keutamaan buat Fahmi selepas menerajui KKD, dia cukup tegas dengan kawalan di media sosial.

Fahmi menegaskan bahawa isu membabitkan 'kandungan melampau' di media sosial dan kebebasan media akan menjadi tumpuan utamanya.

Namun, ada yang menganggap tindakan menteri itu seperti menyekat kebebasan bersuara khususnya melibatkan individu yang ada kaitan dengan dunia politik.

Dunia media sosial cukup rapat dan banyak memberi pengaruh dalam kehidupan anak muda.

Adalah lebih baik jika Fahmi dapat mewujudkan satu garis panduan berkaitan isi kandungan atau individu yang patut disekat atas kesalahan tertentu.

Photo for story Macau Scam Alert.(21/4/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Keselamatan orang ramai

Bertahun-tahun sebelum ini, isu keselamatan seperti Macau Scam masih menghantui rakyat yang menjadi mangsa hingga mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.

Fahmi sendiri sebelum bergelar menteri pernah mendedahkan sindiket penipuan kewangan atas talian (scammers) telah 'melesapkan' lebih setengah bilion wang mangsa dalam tempoh empat tahun terakhir.

Menurut Fahmi, bagi tempoh 2017 hingga 2021 purata sebanyak 20,000 orang menjadi mangsa penipuan setiap tahun dengan jumlah kerugian RM660 juta.

Ketika itu, dia turut mempersoal tindakan yang dilakukan kementerian berkaitan. Kini, dirinya sudah bergelar menteri dan Fahmi perlu tonjolkan usaha sebaik mungkin untuk membanteras perkara itu.

(BRIEF CAPTION) T. Ganga, 10, (right) sharing computer with G. Divinesh , 8, (seocnd right) and others students doing online class room on the first day of school session at The Children's Protection Society home in Jalan Scotland in Penang. ( January 20,2020 ). — ZHAFARAN NASIB/The Star

Kemudahan pembelajaran

Untuk rekod, pentadbiran Annuar sebelum ini pernah melaksanakan PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang mana mahasiswa daripada golongan berpendapatan rendah akan menerima tablet secara percuma untuk memudahkan pembelajaran.

Langkah itu bersesuaian dengan perubahan zaman kini di mana dunia pendidikan kini sudah beralih ke sistem digital. Apalah gunanya jika mempunyai capaian internet yang baik tetapi tidak mempunyai peranti untuk digunakan.

Fahmi mungkin boleh meneruskan usaha tersebut atau menambah baik kaedah pemberian itu selari dengan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu golongan memerlukan.

Selain itu, tambah baik pusat pembelajaran awam dalam komuniti juga boleh dinaik taraf dengan perkhidmatan capaian dan peranti yang lebih baik untuk memudahkan golongan pelajar.

Perkara itu boleh ditumpukan ke kawasan pendalaman untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam memperoleh ilmu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram