Dapat kepercayaan Teong Kim, kini Harimau Malaya ada pengganti Syamer Kutty


  • Podium
  • Selasa, 20 Dis 2022

Perak FC mencipta kemenangan 4-2 ketika perlawanan persahabatan menentang YSHU pada Ahad lalu. — Facebook

SKUAD Perak FC yang mengalami revolusi atas padang ketika ini dengan kehadiran jurulatih berpengalaman, Lim Teong Kim mula menguji barisan pemain baharu yang ditandatangani baru-baru ini.

Bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu menurunkan kesebelasan utama pertama The Bos Gaurus (TBG) ketika perlawanan menentang Young Singh Hatyai United (YSHU) iaitu kelab divisyen tiga Liga Thailand yang berpangkalan di Songkhla, baru-baru ini.

Menerusi perlawanan pada Ahad lepas, Teong Kim memberi kepercayaan kepada penjaga gol, Bryan See manakala pemain import, Sunday Afolabi sebagai kapten pasukan dan bermain posisi pertahanan tengah bertahan (DMF).

Skuad TBG turut dibarisi pertahanan terdiri daripada Hafizal Mohammad @ Alias, Nasrol Amri, Ahmad Haziq Puad manakala Muhammad Fadhil Idris dan Shivan Pillay sebagai DMF.

Syukri Baharun dan Harith Naim Jaineh pula di bahagian tengah manakala Amirul Husaini dan Amirul Akmal di posisi penyerang.

320909623_397351342558590_2017004209061265518_n

Oswyn mencetak nama sebagai penjaring Perak FC ketika perlawanan menentang YSHU. — Facebook

Dalam perlawanan persahabatan itu, Perak FC beroleh kemenangan dengan jaringan 4-2 yang disumbangkan oleh Syukri Baharun (minit ke-36) dan Amirul Husaini (42').

Gol Perak turut dijaringkan oleh Shafizi Iqmal dan Oswyn Lim yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan.

Antara pemain yang mencuri perhatian pada perlawanan itu ialah Fadhil apabila persembahan masa penuh selama 90 minit mendapat pujian penyokong Perak FC.

Tonggak pertahanan Perak itu kembali beraksi dengan skuad Seladang selepas mencipta nama dengan skuad bawah 21 tahun TBG dan skuad Perak II pada 2016.

Pemain berusia 26 tahun itu membuktikan pengalaman beraksi sebagai pemain tengah pertahanan Melaka United pada musim lepas memberi kelebihan kepada dirinya.

"Fadhil main 90 minit, LTK (Teong Kim) percaya kat dia. Insya-ALLAH ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan tengok lepas ni. Ayuh!," tulis Nizam Yunus.

320859061_812388969837283_4120435269348902216_n

Teong Kim (kiri) memberikan kepercayaan kepada Fadhil untuk beraksi selama 90 minit perlawanan. — Facebook

Bimbingan Teong Kim di Perak FC dirasakan akan mengasah ketajaman Fadhil sekali gus boleh mengisi kelopongan yang ditinggalkan tonggak DMF Harimau Malaya, Syamer Kutty.

Skuad kebangsaan dilihat tempang mengharungi perlawanan persahabatan Piala AFF tanpa Syamer Kutty yang masih belum mendapat kecergasan terbaik untuk beraksi semula selepas pembedahan lutut pada Julai lepas.

"Lepas Syamer Kutty cedera dah tiada pure DMF di Harimau Malaya, mungkin Fadhil boleh digilap untuk posisi berkenaan," kata Najla Aiman.

Selain Fadhil, Owsyn turut mendapat pujian penyokong Perak FC selepas mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan tersebut

"Oswyn ni first trial dulu memang out persembahan masa dia jaga pertahanan tapi tak sangka hari ini siap boleh jaringkan gol.

"Mungkin dah banyak perubahan positif dia buktikan selepas dilatih coach Teong Kim. Semoga lebih menyinar," kata Amirul Perakian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram