SEORANG warga tua maut selepas motosikal yang dibonceng bersama anaknya dirempuh sebuah van dalam kejadian di Sibolga, Indonesia pada Isnin lalu.
Mangsa, Mine Siahaan, 80, sebelum itu terjatuh selepas dirempuh sebelum digilis van tersebut hingga menyebabkan mangsa terperosok ke bawah kenderaan itu.
Anaknya, Asima Veronika Sianturi, 46, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Menerusi video tersebut, pasangan anak beranak itu pada mulanya melalui sebuah bulatan jalan raya dengan perlahan.
Namun, sebuah van yang dipandu laju di belakang motosikal itu bagaimanapun tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh mangsa.
Ketua Polis Sibolga, Taryono Raharja mengesahkan kejadian tersebut.
"Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Tobing Kota Sibolga sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.
Tambahnya, pemandu van tersebut yang dikenali sebagai An, 27, juga telah ditahan untuk siasatan lanjut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram