Tragedi tanah runtuh Batang Kali: Mayat kanak-kanak ditemukan, total kematian kini 24 orang


  • 112
  • Sabtu, 17 Dis 2022

Lokasi tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor yang dilanda tanah runtuh pada Jumaat.

ANGKA kematian kes tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor meningkat kepada 24 orang dengan penemuan satu lagi mayat pada Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan, pihaknya menemukan satu lagi mayat kanak-kanak perempuan.

Terdahulu pada Sabtu, anggota penyelamat turut menemukan dua mayat di tapak bencana itu sejak operasi pencarian bermula pada Jumaat.

Dua mayat itu masing-masing seorang lelaki dan wanita. Operasi pencarian sembilan lagi mangsa masih diteruskan.

Jumlah keseluruhan mangsa terkorban kini 24 orang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram