OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga pukul 4 pagi Ahad walaupun berlaku hujan renyai di lokasi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi akan berhenti selepas pukul 4 pagi dan disambung semula pada pukul 9 pagi.
"Kita juga akan terus memberi fokus untuk melakukan pencarian di sektor A, B dan C," katanya pada Sabtu.
Namun, Suffian berkata, waktu operasi juga bergantung kepada keadaan cuaca dan mungkin akan ditangguhkan jika hujan lebat.
Sementara itu, Timbalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, seramai 135 anggota penyelamat terlibat dalam operasi pada malam Sabtu.
Untuk rekod, sebanyak sembilan lagi mangsa belum ditemukan setakat ini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram