Tamat segera khidmat lantikan politik bukti Anwar bersungguh pulihkan negara


  • Massa
  • Sabtu, 17 Dis 2022

Rakyat menaruh harapan kepada Kerajaan Perpaduan untuk memulihkan negara.

KEPUTUSAN Kerajaan Perpaduan menamatkan perkhidmatan lantikan politik dalam badan berkanun di peringkat kerajaan pusat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membuktikan kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim memulihkan negara.

Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, sebelum ini, Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah efisien, telus dan tidak korup.

"Langkah menamatkan perkhidmatan lantikan politik secara serta merta ini menunjukkan keseriusan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memulihkan negara.

"Saya berharap individu yang bakal menggantikan tempat tersebut tidak dipilih dalam kalangan ahli politik sebaliknya melantik pakar yang sesuai dalam sesuatu agensi," katanya kepada Majoriti.

download

Prof Dr Azmi Hassan

Kata Azmi, sekiranya ahli politik yang tidak mempunyai pengalaman dilantik, ia akan mencalarkan kredibiliti Datuk Seri Anwar.

"Sebelum ini, sudah menjadi kebiasaan ahli politik dilantik dalam sesuatu agensi sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka sebelum ini.

"Bagaimanapun, kerajaan perlu berpegang kepada asas bahawa lantikan itu harus berdasarkan kredibiliti, berkebolehan, berkompetensi dan kesesuaian di posisi tersebut," jelasnya.

Pakatan Harapan chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim announcing the coalition's GE15 offer for Sarawak in Kuching.  - ZULAZHAR SHEBLEE / The Star

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kesemua lantikan politik akan ditamatkan serta-merta.

Satu pekeliling juga telah diedarkan kepada kesemua ketua setiausaha di setiap kementerian yang mana ia perlu diambil tindakan dengan segera.

PUTRAJAYA, 29 Mac -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berucap semasa majlis pelancaran hasil karya sulungnya yang bertajuk 365 Hari Aspirasi dan Cabaran Mohd Zuki Ali hari ini.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tan Sri Mohd Zuki Ali

Sebelum ini, Kerajaan Perpaduan yang diketuai Pakatan Harapan (PH) menamatkan khidmat beberapa penjawat awam berjawatan tinggi, termasuk bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram