Lantikan ahli politik dalam GLC, jangan sekadar 'panaskan kerusi' — Pakar


  • Politik
  • Khamis, 08 Dis 2022

Lantikan ahli politik dalam GLC dikatakan sudah menjadi kebiasaan sebelum ini.

KERAJAAN Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran untuk tidak melantik ahli politik bagi mengisi kekosongan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, Isu pelantikan ahli politik membabitkan GLC bukan perkara baharu, malah sudah menjadi kebiasaan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

"Isunya timbul apabila jawatan dalam GLC itu diisi oleh ahli politik yang tidak mempunyai kepakaran bersesuaian atau tidak berpengalaman dalam agensi tersebut.

"Kebiasaannya, lantikan ahli politik untuk mengisi jawatan tersebut disebabkan tanda penghargaan atau terima kasih kerana memberi sokongan politik," katanya kepada Majoriti.

download

Prof Dr Azmi Hassan

Kata Azmi, lantikan berkenaan tidak akan menjadi satu isu besar sekiranya ahli politik yang ditawarkan mengisi jawatan dalam GLC mempunyai kepakaran yang bersesuaian.

"Bagaimanapun, terdapat ahli politik yang dilantik langsung tidak mempunyai kaitan dengan kepakaran atau pengalaman dalam jawatan tersebut.

KUALA LUMPUR, 12 Feb -- Jambatan Saloma yang menghubungkan Stesen LRT Kampung Baru dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), mengambil masa dalam 10 minit bagi pejalan kaki yang menggunakan laluan itu ketika tinjauan fotoBERNAMA hari ini.Jambatan itu dibuka kepada orang awam sehingga jam 12 tengah malam.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pelantikan ahli politik yang tidak sesuai akan merugikan negara.

"Ia tidak memberi manfaat dan merugikan agensi terlibat kerana sekadar 'memanaskan kerusi' itu sahaja. Tiada pembaikan yang dibawa dalam lantikan tersebut.

"Seperti diketahui umum, ahli politik akan dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah dalam sesuatu agensi dan hanya terlibat dalam mesyuarat sahaja," jelasnya.

Tambah Azmi, kerajaan perlu berpegang kepada asas bahawa lantikan itu harus berdasarkan kredibiliti, berkebolehan, berkompetensi dan kesesuaian di posisi tersebut.

syarikat-glc-malaysia-1

Antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negara ini.

Sebelum ini, Anwar pernah membangkitkan isu pelantikan ahli Parlimen dalam GLC ketika negara berdepan masalah ekonomi dan pengangguran disebabkan pandemik Covid-19.

Anwar berkata, ahli Parlimen yang dilantik hanya sekadar untuk menerima elaun besar tetapi tidak mempunyai pengalaman untuk mengangkat GLC tersebut.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram