Kontrak lantikan politik dalam badan kerajaan, GLC ditamatkan serta merta — KSN


  • Primer
  • Khamis, 15 Dis 2022

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, kesemua lantikan politik dalam badan berkanun di tahap kerajaan pusat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan ditamatkan serta merta.

Beliau berkata demikian menerusi satu pekeliling yang diedarkan kepada kesemua ketua setiausaha di setiap kementerian yang mana ia perlu diambil tindakan dengan segera.

"Hasil mesyuarat Kabinet Menteri pada 14 Disember lalu bersetuju bahawa Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah dengan status lantikan politik di badan berkanun persekutuan, syarikat di bawah kementerian kewangan, GLC serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan akan ditamatkan kontrak secara serta merta," katanya menerusi pekeliling tersebut.

Sebelum, Kerajaan Perpaduan yang diketuai Pakatan Harapan (PH) menamatkan khidmat beberapa penjawat awam berjawatan tinggi, termasuk bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram