'Patutlah susah nak maju. Anak-beranak, adik-beradik pulun jadi orang politik'


Dari kiri: Hui Ying, Ramkarpal dan Yusof Apdal antara senarai Timbalan Menteri dalam Kabinet baharu.

SERAMAI 27 Timbalan Menteri baharu dilantik dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman Perdana Menteri pada Jumaat itu sekali gus menjadikan jumlah barisan Kabinet seramai 55 orang, termasuk 28 individu dilantik mengisi jawatan menteri.

file7nz20tanphg1fqcyjm2z

Anwar (kanan) diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali ketika mengumumkan pelantikan Timbalan Menteri baharu pada Jumaat.

Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan tiga adik bekas menteri sebagai timbalan menteri.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying adalah adik kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal pula adalah adik kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain itu, Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh pula adalah adik kepada bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Namun, lantikan tersebut nampaknya kurang disenangi segelintir pihak, apabila ada yang menganggap ia sebagai jalan pintas atau 'shortcut' bagi mendapatkan jawatan berkenaan.

Perkara itu diluahkan oleh netizen menerusi ruangan komen di media sosial.

Nadzirah Mustafa berkata: "Ini Kabinet adik-beradik atau sanak-saudara?"

Soal Zahraa Damia: "Kabinet cikgu dan anak murid serta kawan-kawan dan sanak-saudara. Masalah telur dah selesai ke?"

Mohd Fahrul Razi menulis: "Bagi peluang dia buat kerja dulu. Kita tengok ke mana kecenderungam dia ni nanti."

Perli Mhd Fared: "Patutlah member ada kata satu hari nanti kita akan faham erti kerja pakai 'cable'."

Tambah SKhadijah Mion: "Patutlah Malaysia susah nak maju.Anak-beranak, adik-beradik pulun jadi orang politik. Guling-guling atas jalan raya boleh jadi Menteri dan Timbalan Menteri.Yang study hard merata-rata usung sijil cari kerja."

Tulis Mai Said: Semua gila jawatan je, kepentingan rakyat dah diketepikan.Berebut-rebut masing-masing nak selit kerabat masing- masing masuk, mestilah ada motif. Yang faham je faham. Yang tak faham tu memang tetap nampak yang baik-baik je."

template - 2022-12-10T134048.014

Tangkap layar komen pengguna media sosial berkaitan lantikan Timbalan Menteri.

Berdasarkan komen yang disampaikan ternyata rakyat sentiasa memerhati apa sahaja yang berlaku dalam pentadbiran negara kerana ia melibatkan masa depan mereka.

Semua kepimpinan parti yang dilantik akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pukul 3 petang, Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram