[VIDEO] Tanah runtuh Batang Kali: PM nasihat menteri, jangan ganggu kerja operasi dan menyelamat


  • Primer
  • Jumaat, 16 Dis 2022

Keadaan tanah runtuh yang mengakibatkan kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan menteri untuk tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat di lokast tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

Anwar berkata, dia juga telah menerima maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor berkaitan misi mencari dan menyelamat.

"Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

"Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada Jumaat. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja- kerja mencari dan menyelamat," katanya.

Tambah Anwar, beliau juga akan turun ke lokasi kejadian pada malam Jumaat dan mohon doa daripada rakyat supaya misi menyelamat dapat dipermudahkan.

Terdahulu, kira-kira 92 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan pada awal pagi Jumaat.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berkata, seramai 92 mangsa telah ditemui.

"Seramai lapan orang meninggal dunia, tujuh cedera, dan 53 terselamat manakala operasi SAR masih diteruskan," jelas kenyataan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram