Diganggu rasa sakit telinga? Ini fakta yang perlu anda tahu


  • Sihat
  • Ahad, 18 Dis 2022

Beberapa jangkitan di telinga mampu pulih dengan sendirinya, namun masih perlu mendapatkan rawatan daripada doktor. — Gambar hiasan

GANGGUAN pada telinga bukan sahaja menyebabkan seseorang berasa tidak selesa, tetapi situasi itu turut mengganggu emosi dan kualiti aktiviti seharian.

Perkara itu mampu terjadi sama ada disebabkan masalah di bahagian luar iaitu dari cuping telinga sehingga gegendang telinga atau telinga tengah (di belakang gegendang telinga).

Tidak hanya mengganggu telinga, tetapi situasi tersebut turut memberikan kesan kepada tekak atau mulit seperti jangkitan tekak atau tonsilitis pharyngitis.

Selain itu, terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh mengakibatkan telinga berasa sakit.

Berikut Majoriti senaraikan empat penyakit mampu menyebabkan kesakitan pada telinga:

Otitis media

young girl pressing ears with hands in checked shirt and looking annoyed , front view.

Sejenis jangkitan yang berlaku pada bahagian telinga tengah.

Sedikit fakta, telinga tengah merupakan satu kawasan atua ruang yang dipenuhi dengan udara pada bahagian belakang gegendang telinga.

Golongan kanak-kanak lebih berisiko tinggi mengalami masalah ini berbanding orang dewasa.

Tanda-tanda

Kanak-kanak

  • Sakit pada telinga terutama semasa berbaring
  • Telinga berasa seperti ditarik-tarik
  • Mempunyai kesukaran untuk tidur
  • Lebih kerap menangis
  • Membuat bising atau kekecohan
  • Mempunyai gangguan pada pendengaran
  • Sukar untuk seimbangkan diri
  • Demam pada suhu 38 darjah celcius atau lebih
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Dewasa

  • Berasa sakit pada bahagian telinga
  • Keluar cecair daripada telinga
  • Mempunyai kesukaran atau gangguan untuk mendengar dengan baik

Punca

Jangkitan telinga otitis media disebabkan oleh bakteria atau virus yang berada pada bahagian telinga tengah.

Jangkitan sering berlaku disebabkan demam, selesema atau alahan yang menyebabkan kesesakan dan pembengkakan saluran hidung, tekak dan saluran tiub eustachian.

Rawatan

Penggunaan antibiotik akan diberikan sekiranya masalah tersebut tidak sembuh dengan sendirinya dalam tempoh dua minggu.

Glue Ear

woman-cleaning-her-ears-with-cotton-swabs

Ini merupakan keadaan otitis media yang lebih teruk. Terdapat cairan yang pekat berkumpul pada bahagian telingah tengah.

Situasi ini dipercayai berlaku disebabkan penyakit lain seperti mengalami selesema atau mendapat jangkitan.

Kanak-kanak antara individu yang mudah terdedah kepada penyakit ini memandangkan tiub eustachian dalam telinga mereka lebih kecil.

Tiub eustachian merupakan penghubung telingah tengah dengan nasofarinks dan berfungsi untuk pengudaraan telinga tengah. Dipisahkan dari telinga luar oleh gegendang telinga.

Tanda-tanda

  • Masalah ini boleh berlaku dan dialami oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Kesukaran untuk mendengar dengan baik
  • Bercakap lebih kuat daripada biasa
  • Sukar untuk mendengar percakapan orang lain pada tahap suara yang normal
  • Tidak mendengar suara atau bunyi dari jarak yang jauh
  • Meminta orang lain untuk mengulang semula apa yang diperkatakan
  • Mengadu mengenai bunyi berdering atau berdesing dalam telinga
  • Berasa seperti ada tekanan dalam telinga
  • Mengalami kesakitan dalam telinga

Punca

Terjadi apabila cecair pekat berkumpul dalam telinga tengah. Jangkitan ini berlaku kepada golongan dewasa dan kanak-kanak.

Ini kerana tiub eustachian yang berada jauh di dalam telinga kanak-kanak lebih sempit daripada orang dewasa.

Rawatan

Antibiotik akan diberikan sekiranya gangguan ini tidak pulih dengan sendirinya.

Tahi telinga tersumbat

young traveler man in checked shirt holding suitcase holding hand near ear trying to listen someone conversation standing over white background

Kewujudan tahi telinga atau lilin telinga adalah sesuatu normal kerana berfungsi melindungi telinga.

Namun, pengumpulan tahi telinga yang terlalu banyak boleh menyebabkan masalah pada telinga. Telinga tersembat biasanya disebabkan oleh tahi telinga terlalu banyak atau keras.

Tanda-tanda

  • Sakit pada telinga
  • Bunyi berdesing dalam telinga
  • Mengalami gangguan untuk mendengar dengan baik
  • Berasa pening atau melayang-layang
  • Batuk

Punca

Sekiranya tahi telinga dibersihkan secara berlebihan atau kotoran tersebut masih ketinggalan dalam telinga, situasi ini akan mengakibatkan tahi telinga menyekat saluran telinga.

Rawatan

Doktor akan mengeluarkan tahi telinga dengan air atau picagari getah yang disi dengan air suam.

Peralatan kecil seperti kuret atau alat penyedut berkemungkinan akan digunakan.

Sekiranya masih berlarutan, doktor akan memberikan ubat panghilang tahi telinga seperti carbamide peroxide.

Telinga perenang (swimmer’s ear)

Listen to secrets. Caucasian woman's portrait isolated on yellow studio background. Beautiful female brunette model in casual style. Concept of human emotions, facial expression, sales, ad, copyspace.

Jangkitan yang berlaku pada bahagian luar lubang telinga, iaitu antara gegendang telinga sehingga ke luar telinga.

Jangkitan berpunca daripada kelembapan dan haba yang menyebabkan lapisan kulit dalam lubang telinga menjadi bengkak.

Tanda-tanda

Simptom yang dialami terbahagi kepada tiga peringkat iaitu ringan, sederhana dan teruk.

Ringan

  • Rasa gatal pada lubang telinga
  • Wujud kemerah-merahan dalam lubang telinga
  • Rasa kurang selesa dalam telinga
  • Keluarnya cecair yang jernih dan tidak berbau daripada lubang telinga

Sederhana

  • Rasa gatal yang lebih teruk atau kerap
  • Rasa sakit pada telinga yang semakin bertambah
  • Kulit dalam telinga menjadi lebih merah
  • Lebih banyak cecair dalam lubang telinga
  • Mempunyai gangguan untuk mendengar dengan baik

Teruk

  • Rasa sakit yang teruk sehingga berasa pada bahagian kepala, leher dan muka.
  • Telinga tersumbat secara keseluruhan
  • Telinga menjadi bengkak dan mengalami kemerah-merahan
  • Demam

Punca

Jangkitan bakteria seperti kelembapan atau air yang berlebihan dalam telinga akan menjadi tempat pembiakan paling ideal untuk bakteria.

Rawatan

Doktor akan mencuci telinga bagi mengeluarkan segala cecair, tahi telinga dan sisa dalam lubang telinga. Doktor juga akan memberikan ubat titis telinga yang boleh membantu merawat jangkitan telinga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram