Hannah Yeoh tak kisah, gambar seluk poket bersama Adam Adli jadi 'memes'


  • Primer
  • Rabu, 14 Dis 2022

Gambar lawatan Hannah Yeoh dan Adam Adli ke SNBJ menjadi bahan 'troll' warganet.

IBARAT sudah menjadi satu budaya untuk sesiapa sahaja yang bergelar Menteri Belia dan Sukan untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur melakukan pemeriksaan.

Menteri berkaitan sebelum ini seperti Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga pernah melakukan perkara sama.

Terbaharu pada Rabu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli turun melakukan perkara sama seperti bekas Menteri sebelum ini.

Namun, bukan tugas memeriksa keadaan padang yang jadi tumpuan, sebaliknya gaya seluk tangan kedua-dua mereka yang menjadi bahan bualan warganet.

WhatsApp Image 2022-12-14 at 11.49.21 AM

Sebahagian daripada gambar Hannah Yeoh dan Adam Adli yang disunting warganet.

Malah, gambar-gambar mereka berdua juga disunting oleh warganet sehingga menjadi bahan tawa.

Hannah Yeoh bagaimanapun memberikan respons yang positif walaupun dijadikan bahan tawa.

"Belia Malaysia ni sangat kreatif buat memes gambar saya dan Adam Adli melawat SNBJ untuk meneliti keadaan padang di sana. Tak apa kami sporting. Kreativiti luar biasa," katanya menerusi akaun Twitter miliknya pada Rabu.

Sementara itu, beberapa warganet turut terhibur dengan kreativiti gambar tersebut namun berharap supaya kedua-dua individu itu dapat menjalankan tugas dengan baik.

"Kesian kamu berdua. Buat kerja pun orang tak puas hati, tak kerja pun tak puas hati. Ini adalah peluang terbaik untuk kamu berdua menunjukkan keputusan yang positif.

"Tutup mulut mereka dan jangan putus asa," kata Jovis Low.

Seorang lagi warganet, Hakkasan berkata, kementerian yang ditunjangi dua individu itu sangat penting untuk merapatkan hubungan golongan remaja dengan kerajaan.

"Kita semua tahu sekarang arah mana pengundi muda membuat pilihan jadi kementerian ini sangat penting untuk merapatkan hubungan antara golongan remaja dan kerajaan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram