[VIDEO] Dua pemandu terkulai bertembung, bungkusan 'daun ketum' jadi perhatian


  • Tular
  • Selasa, 06 Dis 2022

Tangkap layar kemalangan tragis melibatkan dua buah kereta berhampiran pintu gerbang laluan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

DUA lelaki dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam satu kemalangan tragis berhampiran pintu gerbang laluan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

Kemalangan itu difahamkan berpunca akibat pertembungan dua buah kenderaan tersebut sekali gus menyebabkan kereta terbabit mengalami kerosakan teruk ketika kejadian.

Salah seorang mangsa dilihat tidak sedarkan diri dan tersepit di ruang pemandu dalam kemalangan itu manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan situasinya.

Dikongsikan di laman Facebook, video itu menerima lebih 12,000 jumlah tontonan setakat ini.

Dalam pada itu, perhatian warganet tertumpu kepada bungkusan kertas dipercayai daun ketum yang kelihatan dalam kereta tersebut.

Meskipun rakaman berdurasi 26 saat itu agak singkat, kewujudan daun ketum itu nyata mengundang pelbagai spekulasi dan persoalan warganet berhubung status pemandu itu.

Di ruangan komen, rata-rata meluahkan pendapat masing-masing berkenaan kemalangan tersebut.

"Harap mangsa dalam keadaan selamat, ngeri tengok kereta habis hancur remuk dalam kemalangan itu," kata Firdaus Roman.

"Macam mana boleh ada daun ketum pula dalam kereta itu, harap tak ada kena mengena dengan kejadian itu dan semoga semua urusan dipermudahkan," jelas Adnan Hassan.

"Ini kes seludup ketum ke, naya orang yang tak bersalah terlibat sama kemalangan," tambah Fathulislam Fathulislam.

Namun, belum ada sebarang laporan dan kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kemalangan tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram