[VIDEO] Axia langgar lampu merah, padahnya 2 rider melambung di simpang 6 Cheras


  • Tular
  • Isnin, 05 Dis 2022

Tangkap layar video mangsa melambung dan kepalanya terhentak di atas jalan sehingga menyebabkan helmetnya tercabut.

TULAR satu video kemalangan membabitkan dua penunggang motosikal merempuh sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang disyaki melanggar lampu isyarat merah pada Isnin.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, kelihatan laluan yang digunakan oleh pemandu Axia itu dipercayai lampu isyarat sedang berwarna merah kerana didapati beberapa kenderaan sedang menunggu giliran.

Namun pemandu Perodua Axia berwarna oren itu memecut laju dan melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa penunggang motosikal merepuh kenderaan terbabit.

Salah seorang mangsa kemudiannya dilihat melambung dan kepalanya terhentak di atas jalan sehingga menyebabkan helmetnya tercabut.

Berdasarkan video berdurasi satu minit dua saat itu, pengguna jalan raya yang berada di kawasan itu segera memberhentikan kenderaan dan menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Difahamkan, kemalangan berlaku di Jalan Medan Masria, Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai berang dengan tindakan pemandu Axia terbabit.

"Dah nampak depan mata ada orang lain tengah tunggu traffic light bertukar hijau, takkan nak pancung terus," kata Ismael Yaakob.

"Ya Allah! Ngerinya semoga kedua-dua penunggang motosikal itu dipermudahkan segala urusan," jelas Afiq Mat Yob.

"Sakitnya! Nampak pula kepala dia terhentak dekat atas jalan macam itu, pesanan untuk pemandu Axia kalau tak reti bawa kereta sekurang-kurangnya memandu dengan akal," ujar Mokhsin Amaar.

Melanggar lampu isyarat merah merupakan kesalahan utama yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa.

Kesalahan melanggar lampu isyarat merah boleh dikenakan denda kompaun sehingga RM300 di bawah Kaedah 17 dalam Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram