[VIDEO] Lagu Negaraku berkumandang di Israel, cetus persoalan orang ramai?


  • Tular
  • Rabu, 30 Nov 2022

Tangkap layar video kumpulan itu sedang menyanyikan lagu kebangsaan sambil berkibarnya bendera Israel.

TULAR sebuah video di sosial media sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai rakyat Malaysia sedang melakukan lawatan sambil menyanyikan lagu kebangsaan dengan berkibarnya bendera rejim Israel baru-baru ini.

Menerusi rakaman video telefon pintar oleh salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut, dipercayai mereka berada di atas sebuah bot untuk menuju ke satu tempat.

Berdasarkan video berdurasi 47 saat, kelihatan mereka dengan penuh semangat menyanyikan lagi kebangsaan sambil melihat ke arah Jalur Gemilang bersama bendera Israel yang terletak di bahagian hadapan bot.

Difahamkan kejadian berlaku di Baitulmaqdis baru-baru ini.

Menurut salah seorang pengguna sosial media @IggyJerryboy di Twitter, dia memuat naik satu ciapan tentang situasi tersebut.

"Ini adalah satu aktiviti oleh pemilik bot di Sea of Galilee untuk semua penganut Kristian yang pergi menjalankan aktiviti ziarah agama di Jerusalem, Israel.

"Aktiviti ini dibuat hanya untuk menaikan semangat pengunjung dari Malaysia, sifat kekitaan sesama warga Malaysia tidak ada yang lebih dari itu," katanya di Twitter.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, orang ramai mahukan penjelasan yang lebih terperinci agar tidak menjadi fitnah.

"Benda boleh timbulkan fitnah dan ketenteraman awam, mohon pihak terlibat respond dengan kadar segera," jelas @Rocketmen9.

"Mohon pihak yang terlibat dan bertanggungjawab berikan penjelasan yang lebih jelas," ujar @Foo.

"Ini apa benda pula yang terjadi?" soal @Mohdridzuar.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana pihak setakat ini.

Majoriti sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada pemilik video berkenaan.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram