[VIDEO] 'Terkenang zaman kanak-kanak', lelaki bertopi selamba rembat 'mesin tikam' di Kluang


  • Tular
  • Isnin, 05 Dis 2022

Tangkap layar video suspek mengambil mesin tikam yang berada di hadapan premis itu pada Ahad.

TULAR satu video seorang lelaki ditangkap mencuri sebuah 'mesin tikam' dipercayai berlaku di sebuah premis yang di Kluang, Johor pada Ahad.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki yang memakai baju berwarna hitam itu pada mulanya kelihatan bersahaja berjalan menuju ke arah premis tersebut.

Namun selepas menghampiri premis terbabit, suspek terus mengambil 'mesin tikam' yang berada di hadapan kedai tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Ketika kejadian, suspek tanpa segan silu dipercayai terus berjalan meluru laju ke arah sebuah kereta yang berada di hadapan premis terbabit, dipercayai miliknya.

Selang beberapa saat, dua orang pekerja di premis terbabit keluar dari kedai itu dipercayai untuk melihat kemanakah individu itu pergi.

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu kejadian dipercayai berlaku di sekitar sekitar kawasan Jalan Mersing, Kluang, Johor pada Ahad

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai malu dan mempersendakan tindakan lelaki terbabit yang mencuri 'mesin tikam' itu.

"Alahai benda pun nak dicurinya, mungkin dulu-dulu masa kecik tikam sahaja tak dapat apa-apa," ujar Mikhail Syam.

"Ada harga ke benda itu? Benda macam itu nak dicurinya," jelas Noor Aisyah.

"Mungkin dulu dia tak dapat nak main benda itu, sekali dia angkut semua letak dekat rumah senang sikit nak tikam setiap hari," kata Mohamed Abdullah.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram