Rakyat cadang 5 nama Menteri barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan


  • Politik
  • Khamis, 01 Dis 2022

Cadangan tersebut berdasarkan penilaian rakyat ketika individu tersebut pernah menjadi menteri sebelum ini.

PEMBENTUKAN Kabinet yang masih menjadi tanda tanya menyebabkan 32.7 juta rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

Apa yang menjadi tumpuan, rakyat Malaysia mula mencadangkan nama individu yang dirasakan layak untuk memegang jawatan termasuk portfolio dalam Kabinet.

Perbincangan calon yang layak di media sosial semakin mendebarkan apabila ramai yang mengeluarkan hujah terhadap ahli politik berhubung kepakaran dan pengalaman masing-masing.

Walaupun ia bukan keputusan rakyat untuk menentukan, namun mereka berhak mencadangkan nama bagi menerajui barisan kepimpinan yang boleh dijadikan indikator kepada Anwar untuk membuat keputusan.

Rakyat mahu Malaysia terus maju dan menjadi kebanggaan seperti yang pernah dikecapi sebelum ini, bumi bertuah ini pernah membuka mata dunia dengan pelbagai kejayaan sehingga dipandang tinggi diperingkat antarabangsa.

Berikut, Majoriti menyenaraikan nama-nama yang layak memegang jawatan berdasarkan kemahuan rakyat:

BANGI, 22 Feb -- Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada Majlis Himpunan Enam Dekad Keluarga Besar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia di Bangi Convention Centre hari ini.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Kewangan

Posisi ini menjadi antara tumpuan netizen memandang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan sekitar 1991.

Berbekalkan pengalaman dan kejayaan beliau, rakyat mahu Anwar sebagai Menteri Kewangan kerana dipercayai mampu mengubah ekonomi negara ke arah lebih baik.

Cadangan itu juga dikatakan mampu mengurangkan beban negara dan strategi terbaik untuk mengurangkan jumlah Kabinet yang dipercayai dianggotai seramai 26 orang.

Sebelum ini, jumlah Kabinet seramai 70 orang dilihat agak membebankan negara dengan berlakunya percanggahan pendapat dan kurang efisien.

Rafizi Ramli. — Photo courtesy of SINAR HARIAN.

Menteri Ekonomi

Rata-rata netizen mengatakan individu paling layak menjadi Menteri Ekonomi ialah Rafizi Ramli.

Beliau yang juga strategis Pakatan Harapan (PH) dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat menjadi antara orang kuat disebalik kejayaan Anwar mencapai cita-cita sebagai Perdana Menteri selepas 25 tahun berjuang.

Rafizi, 45, dikenali Survey Man kerana lebih gemar melakukan kajian, analisis dan mendapatkan statistik sebelum membuat sebarang keputusan.

Perkara ini menyebabkan Rafizi diminati majoriti rakyat Malaysia kerana mampu bertindak dengan lebih efisien dan tersusun.

Latar belakang beliau yang pernah bekerja sebagai Jeffreys Henry Chartered, Petronas dan Pharmaniaga Berhad menguatkan lagi andaian rakyat beliau layak menjawat jawatan sebagai Menteri Ekonomi.

1606385

Menteri Kesihatan

Jawatan ini turut menjadi perhatian selepas rakyat mencalonkan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan sebelum ini pada 2018 hingga 2020.

Namun, berlaku sedikit pertikaian orang ramai selepas beliau lambat bertindak dan tidak menutup pintu sempadan ketika wabak Covid-19 mula menyerap masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, rakyat masih memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui Kementerian Kesihatan kerana pengalaman beliau dalam dunia kesihatan.

327343

Menteri Pengangkutan

Rakyat Malaysia memberi kepercayaan kepada Anthony Loke untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Beliau sebelum ini pernah dilantik menjadi Menteri Pengangkutan di bawah kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018.

Anthony yang berusia 45 tahun disifatkan cekap dan efisien menerajui kementerian tersebut sehingga namanya kini disebut-sebut untuk kembali menjawat jawatan yang pernah disandangnya.

Prestasi cemerlang ketika memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan pada waktu itu menjadi pengukur mengapa beliau layak menjawat jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Pada masa sama, rakyat turut mencadangkan beliau turut layak menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

PUTRAJAYA, 2 Jan -- Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada sidang media khas yang diadakan di Lobi Blok E8 Kompleks E Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya hari ini.Pengumuman itu dibuat selepas Maszlee mengadakan perjumpaan rasmi bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira jam 2.30 petang tadi.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Pendidikan

Bagi jawatan ini, berlaku sedikit pertikaian antara orang ramai selepas ada yang mencadangkan nama bekas Menteri Pendidikan iaitu Maszlee Malik untuk kembali menjawat jawatan tersebut.

Beliau sebelum ini kalah dalam perebutan kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyebabkan sedikit sukar untuk menjadi Menteri Pendidikan melainkan beliau dilantik sebagai Senator.

Bagaimanapun, rata-rata menyifatkan Maszlee mempunyai semangat dan kewibawaan dalam dunia pendidikan yang mampu menambahbaik sistem pendidikan termasuk melahirkan lebih ramai golongan bijak pandai.

Difahamkan, keberadaan Maszlee turut disenangi warga pendidik ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 2018 hingga 2020.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram