TULAR sebuah video seorang pemandu kereta jenis Naza Kia nyaris menjadi mangsa kemalangan apabila sebuah lori hampir terbalik dan menghempapnya di Kelantan pada Selasa.
Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan terbabit yang nyaris menjadi mangsa kemalangan itu.
Menerusi rakaman tersebut, banyak kenderaan yang beratur dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan yang dipercayai di Jalan Gua Musang - Kuala Krai, Kelantan.
Namun di dalam kesesakan lalu lintas itu, sebuah pemandu lori secara tiba-tiba keluar dari barisan kenderaan tersebut lalu memandu laju ke arah bertentangan sehingga hampir terbabas.
Berdasarkan video berdurasi 26 saat itu, kereta Naza Kia tersebut sempat mengelak dan terus memberhentikan kenderaannya di tepi jalan, mungkin terkejut dengan kejadian yang baru berlaku itu.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen orang ramai dilihat memarahi tindakan yang dilakukan oleh pemandu lori itu.
"Harap ada tindakan susulan dari pihak berkuasa, takkan nak biar lepas macam itu saja," kata Cahaya Alina.
"Minta-minta lesen dia digantung seumur hidup,bahaya bawa lori macam ini," ujar Nu War.
"Dah tahu berat janganlah bawa laju-laju, nasib orang itu sempat elak," jelas Misscyn Ting.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram