
TINDAKAN pantas Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) Selangor membaiki tebatan Sungai Langat dekat Ampar Tenang, Selangor pada Rabu berjaya menyelamatkan penduduk Sepang menjadi mangsa banjir.
Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Kenneth Lee berkata, tebatan itu sebelum ini gagal berfungsi dengan baik di bahagian Sepang seperti di Kampung Kampung Ampar Tenang, Kampung Cemperai, Kampung Lalang Kampung Semarang dan Kampung Seri Tanjung dinaiki air.
"Kira-kira 28 keluarga terpaksa mengosongkan rumah mereka. Dua pusat pemindahan sementara iaitu Dewan Taman Gemilang dan Dewan Orang Ramai Dengkil dibuka pada petang Rabu," katanya.
Sementara itu, Kenneth berkata, hujan lebat pada petang Rabu membuatkan penduduk ketakutan.
"Tetapi JPS telah membaiki sungai dan terselamat dari banjir.
"Kebanyakan mangsa termasuk seorang wanita yang baru bersalin bersama bayinya yang berusia lima hari masih berada di pusat perlindungan," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram