Berdebar menanti giliran, 5 MP berpotensi dilantik menteri buat kali pertama


  • Politik
  • Isnin, 28 Nov 2022

Siapa bakal menjadi menteri di bawah pentadbiran Anwar masih menjadi tanda tanya.

BERGERAK solo sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya masih belum membuka mulut berkenaan siapa bakal mengisi jawatan menteri Kabinet.

Walaupun ada beberapa nama yang diinginkan rakyat untuk menjadi menteri, semuanya terpulang kepada Anwar dan perbincangannya bersama pemimpin parti politik lain.

Jika dilihat kembali senarai Ahli Parlimen yang menang ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak semua pernah menjawat jawatan sebagai menteri.

Berikut Majoriti senaraikan lima Ahli Parlimen yang mungkin dilantik menjadi menteri walaupun tiada pengalaman sebelum ini.

Rafizi Ramli. — Photo courtesy of SINAR HARIAN.

Rafizi Ramli

Rafizi Ramli dalam PRU15 menang bagi kerusi Parlimen Pandan dengan memperoleh majoriti 48,296 undi.

Memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR, Rafizi antara nama yang dipetik bakal dilantik ke jawatan menteri.

Rafizi mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan dan pernah bergelar pengurus di beberapa syarikat besar termasuk menjadi pengasas syarikatnya sendiri iaitu Invoke Malaysia.

71666492785_AdamAdli

Adam Adli Abd Halim

Lebih dikenali dengan nama Adam Adli, calon muda berusia 33 tahun ini merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya selepas meraih majoriti 8,638 undi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ini juga merupakan aktivis pelajar pada zaman kemahasiswaannya.

Sebagai seorang yang sangat muda, Adam Adli hanya mempunyai pengalaman sebagai Editor Kandungan.

FAFFB988-E998-48CA-BBC5-3817720470EE

Young Syefura

Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Bentong.

Merupakan Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Rara cukup aktif sebagai ahli politik dan aktivitis masyarakat.

Selain itu, Rara juga mempunyai pengalaman sebagai pembantu khas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang.

71541094523_KelvinYii

Kelvin Yii Lee Wuen

Dr Kelvin Yii Lee Wuen merupakan Ahli Parlimen Kuching yang disandangnya sejak 2018.

Kelvin memiliki Ijazah Doktor Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan kini dalam tesis terakhir untuk memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang Perubatan.

Dia sebelum ini pernah menjadi pembantu khas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen.

WhatsApp Image 2022-11-27 at 8.00.39 PM

Syahredzan Johan

Syahredzan merupakan Ahli Parlimen Bangi selepas menang dengan majoriti 69,701 undi.

Merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Syahredzan perah mejadi setiausaha politik kepada Lim Kit Siang.

Selain itu, dia juga merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan di Majlis Peguam Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram