Kiasan Hadi gambaran situasi PAS, warganet minta 'move on'


  • Berita
  • Isnin, 28 Nov 2022

Ramai yang meminta supaya PAS 'move on' dengan keputusan yang telah dibuat.

TIDAK dinafikan, PAS antara parti politik dalam negara yang mencatatkan keputusan membanggakan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, gelombang PAS juga nampaknya berjaya menakluki Kelantan dengan menang kesemua 14 kerusi yang dipertandingkan.

Namun, kegemilangan itu tidak dapat diteruskan selepas PAS yang berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) hanya meraih 73 kerusi keseluruhan berbanding Pakatan Harapan (PH), 82 kerusi.

PAS juga menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini menjadikan PAS berada dalam blok pembangkang bersama parti lain di bawah PN.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 12.38.44 PM

Tangkap layar ciapan yang dimuat naik Abdul Hadi.

Terbaharu, nukilan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai kemenangan dan masa kecederaan menarik minat pelbagai pihak.

Abdul Hadi dalam tulisan yang disiarkan oleh Harakah menyorot tentang perlawanan bola sepak di pelbagai perintah termasuk Piala Dunia yang menurut beliau ditetapkan pelbagai peraturan.

Perumpamaan yang diberikan dalam nukilannya itu dilihat seperti selari dengan situasi politik yang melanda negara khususnya melibatkan PAS.

Terdapat warganet yang tidak setuju dengan kisah perumpaan Abdul Hadi sebaliknya meminta pemimpin itu untuk move on dengan keputusan yang diputuskan Yang di-Pertuan Agong.

316264383_675798133995591_6055923400586056109_n

Keputusan melantik Anwar selaku Perdana Menteri dibuat susulan mesyuarat antara Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Seorang pengundi PAS, Abey Wea berkata, adalah lebih baik untuk biarkan Anwar melakukan kerjanya selama lima tahun seperti yang dipersetujui YDPA dan Raja-Raya Melayu.

"Biar PM buat kerja lima tahun ini. YDPA dan Raja-Raja Melayu setuju dan boleh terima Anwar. Apa masalahnya. Saya pun dah undi pihak Tok Guru. Kami akur dengan keputusan pihak Istana. Move on sahajalah, fokus pada Kuliah," katanya.

Ana Nafi Ana Kimi pula berkata, semua pihak patut menerima keputusan YDPA yang dibuat hasil perbincangan dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

"Siapa kita nak menidakkan hasil pemilihan YDPA dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Bila diminta penggabungan PH dan PN, ditolak.

"Bila dah ada kerajaan dan Perdana Menteri, baru nak bersuara. Dah terlambat. Kami rakyat dah penat dengan permainan politik yang tak berkesudahan. Moga negara kita dalam aman sejahtera," katanya.

Seorang lagi warganet, Mohd Zain berkata, Agong sudah memberi peluang kepada PAS di bawah PN untuk bergabung dengan PH.

"Tanpa mahu mengambil masa, PN terus menolak dengan agak angkuh. Rakyat memerhati dan menilai rapat semua ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram