Senarai 26 jemaah Menteri paling sesuai dalam Kabinet — Pakar


  • Politik
  • Isnin, 28 Nov 2022

Pengurangan jumlah ahli Kabinet dapat mengurangkan beban kerajaan.

PEMBENTUKAN Kabinet kompak dengan 26 jemaah Menteri merupakan angka paling sesuai mengemudi Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tempoh lima tahun akan datang.

Menurut penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan, pembentukan Kerajaan merupakan ujian berat pertama Anwar sebagai Perdana Menteri.

WhatsApp Image 2022-11-28 at 3.36.45 PM

Dr. Azmi Hassan

"Bilangan yang terlalu ramai akan mewujudkan percanggahan tugas dan perbezaan pendapat antara menteri.

"Manakala jumlah yang terlalu sedikit akan membebankan menteri sehingga kerja menjadi tidak efisien," katanya kepada Majoriti.

Kata Azmi, jumlah 26 ahli Kabinet termasuk Anwar merupakan angka yang paling sesuai mengemudi Kerajaan.

Pakatan Harapan chairman Datuk Seri Anwar Ibrahim announcing the coalition's GE15 offer for Sarawak in Kuching.  - ZULAZHAR SHEBLEE / The Star

Anwar berdepan tugas sukar menentukan jumlah dan portfolio ahli Kabinet.

"Sebelum ini, di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, terdapat kira-kira 70 menteri dan timbalan yang berada dalam Kabinet.

"Jumlah ini terlalu ramai sehingga wujud percanggahan tugas dan sedikit pembaziran kepada negara. Saya percaya pelantikan sehingga 70 ahli Kabinet sebagai tanda terima kasih Muhyiddin kepada individu yang dilantik.

"Ia sesuatu yang tidak rasional kerana terlalu ramai bekerja dalam sesebuah jabatan. Jadi, saya berpendapat seramai 26 ahli jemaah merupakan paling sesuai untuk mengemudi kerajaan," katanya.

A4336258-A2BA-4949-975C-09347770F531

Kesilapan dalam menyusun strategi akan memberi kesan negatif kepada Anwar.

Tambah Azmi, menentukan jumlah ahli Kabinet bukan tugas yang sukar namun menentukan portfolio akan memberikan sedikit kesukaran kepada Anwar.

"Anwar berdepan ujian pertama iaitu pembentukan Kerajaan dan harus memikirkan ahli dari Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan dan wakil bebas untuk menjadi ahli Kabinet.

"Saya harap rakyat dapat memberi ruang kepada Anwar untuk membuat keputusan sebaik mungkin kerana individu yang dilantik berdepan tugas sukar untuk memulihkan negara," jelasnya.

1252733

Kestabilan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup menjadi harapan utama rakyat.

Azmi memberitahu, pengurangan ahli Kabinet dapat mengurangkan kos dan lebih terkawal dalam membuat keputusan.

"Saya percaya, rakyat semua mahu lihat barisan Kabinet yang mampu melakukan tugas sebaik mungkin.

"Menteri yang tidak dapat menjalankan tugas yang baik akan memberi kesan negatif kepada Anwar dan menyebabkan timbul persepsi yang tidak enak didengar.

"Pada masa sama, rakyat harus memberi ruang kepada Anwar untuk menentukan barisan Kabinet di bawah pimpinan beliau," jelasnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram