KDM sokong Hajiji, GRS terajui kerajaan Sabah


  • Politik
  • Sabtu, 26 Nov 2022

Anthony (tiga dari kiri) menyerahkan surat sokongan KDM kepada Anwar di pejabatnya di Putrajaya. — The Star

PARTI Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menyatakan sokongannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus menerajui kerajaan Sabah.

Kenyataan itu disuarakan sendiri oleh timbalan presiden KDM, Datuk Wetrom Bahanda, yang keluar dari GRS pada bulan lalu untuk bertanding di kerusi Kota Marudu.

Wetrom yang dahulunya merupakan wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu bahagian Sabah dan pembantu menteri dalam Kabinet negeri Hajiji berkata, sokongan KDM adalah selaras dengan pendirian yang diambil oleh Ketua Menteri dan GRS untuk menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu turut berkata, Anwar telah mengesahkan sokongan GRS terhadap pentadbirannya pada Jumaat.

“Dalam mesyuarat khas antara KDM yang diketuai oleh presidennya Datuk Peter Anthony dan Anwar, Perdana Menteri telah menyatakan sokongannya kepada Hajiji untuk terus memimpin dan mentadbir Sabah, selari dengan sokongan GRS terhadap kerajaan perpaduan.

“Justeru, KDM dan Adun akan menyokong Hajiji dan GRS untuk terus menerajui kerajaan negeri.

“Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru sahaja tamat dan kita tidak mahu terlalu banyak berpolitik kerana sudah tiba masanya kerajaan perpaduan pimpinan Anwar yang turut disokong Barisan Nasional (BN), GRS, KDM dan parti-parti lain bekerjasama untuk membangunkan negara, Sabah dan rakyat,” katanya.

Selain Bandau, KDM mempunyai tiga lagi Adun iaitu Peter (Malalap), Wetrom (Bandau) dan Datuk Juil Nuatim (Limbahau).

Wetrom merampas kerusi Kota Marudu daripada Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili pada (PRU15) dalam pertembungan enam penjuru yang menyaksikan beliau menang dengan majoriti lebih 8,000 undi.

KDM yang mempunyai tiga ahli Parlimen, secara rasmi menyertai kerajaan perpaduan sebaik Anthony menyerahkan surat sokongan partinya kepada Anwar di pejabatnya di Putrajaya.

Adik Wetrom, Datuk Verdon memenangi kerusi Kudat sebagai calon bebas manakala seorang lagi calon bebas, Riduan Rubin pula memenangi kerusi Tenom.

Keempat-empatnya menunjukkan sokongan kepada kerajaan perpaduan walaupun sebelum itu menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram