Tun M ucap tahniah, selamat maju jaya Anwar jadi PM-10


  • Politik
  • Jumaat, 25 Nov 2022

Mahathir akur apabila partinya tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15. — Bernama

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memecah kebisuan berkenaan dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 dengan satu ucapan ringkas di laman Facebook milik beliau pada Jumaat.

Negarawan berusia 97 tahun tersebut mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada tokoh yang selama ini disifatkan sebagai 'musuh' politiknya.

"Saya ucap tahniah kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat maju jaya,” kata Dr Mahathir dalam hantaran itu.

Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur, pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram