Bukan pertama, sudah 3 kali negara berdepan situasi tiada PM


  • Politik
  • Rabu, 23 Nov 2022

Mahathir (kiri) dan Muhyiddin antara yang pernah menjadi Perdana Menteri Interim negara.

MEMASUKI hari ke lima, pemimpin politik masih belum mempunyai persetujuan siapa yang mahu dilantik menjadi Perdana Menteri.

Gabungan parti politik antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing masih berdegil dengan agenda sendiri.

Terbaharu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ini bermakna, sekurang-kurangnya selama enam hari jawatan Perdana Menteri akan kekal kosong. Adakah perkara ini pertama kali berlaku dalam negara?

Berikut Majoriti senaraikan beberapa peristiwa yang menyaksikan negara tidak dipimpin Perdana Menteri sebelum ini.

MMLM Chairman Tun Dr Ling Liong Sik.

Liong Sik pernah menjawat jawatan Perdana Menteri Sementara ketika Umno diharamkan.

Februari 1988

Kekosongan jawatan Perdana Menteri pernah berlaku pada 4 Februari 1988, apabila Umno sebagai parti utama dalam gabungan Barisan Nasional (BN) diharamkan.

Umno diharamkan susulan perselisihan faham antara ahli parti yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Pengerusi Barisan Nasional terpaksa melepaskan jawatannya.

Dr Mahathir kemudian menyerahkan jawatan Pengerusi BN kepada Presiden MCA ketika itu, Tun Dr Ling Liong Sik.

Berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri buat beberapa hari sehinggalah Umno Baru ditubuhkan.

Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, yang memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Liong Sik tetapi tidak berlaku pelantikan watikah secara rasmi daripada Agong kepadanya.

FILE PHOTO - Malaysia's Prime Minister Mahathir Mohamad speaks during an interview with Reuters in Putrajaya, Malaysia June 19, 2018. REUTERS/Lai Seng Sin/File Photo

Mahathir melepaskan jawatannya pada Februari 2020 tanpa sebarang pengganti.

Februari 2020

Krisis politik yang melanda negara pada Februari 2020 menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Tindakannya itu ekoran peristiwa Langkah Sheraton yang diketuai anggota Kabinetnya sendiri.

Ketiadaan pengganti untuk jawatan Perdana Menteri menyaksikan Agong menitahkan Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

Perdana Menteri Interim tiada dalam undang-undang negara dan tindakan Agong itu adalah untuk menangani krisis berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna, secara tidak langsung, negara sebenarnya tidak mempunyai Perdana Menteri selama enam hari, bermula dari tarikh Dr Mahathir meletak jawatan iaitu pada 24 Februari hingga 1 Mac (tarikh Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri).

PUTRAJAYA, 4 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini.Persidangan dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022.--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, May 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during the Online Summit Level Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Contact Group in Response to COVID-19 at Perdana Putra today.Meeting chaired by Azerbaijan President Ilham Aliyev, the NAM chairman for the 2019-2022 term.--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

Muhyiddin hilang jawatan Perdana Menteri selepas hilang sokongan Ahli Dewan Rakyat.

Ogos 2021

Kemelut politik yang melanda negara sejak Februari 2020 sampai ke kemuncaknya apabila sebanyak 15 Ahli Dewan Rakyat BN dari Umno menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin pada Ogos tahun lalu.

Susulan itu, Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021 susulan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Namun, dia juga kemudian dilantik menjadi Perdana Menteri Interim selama lima hari sebelum Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumum sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.

Ini juga adalah waktu paling singkat dicatatkan negara tanpa Perdana Menteri kerana individu untuk jawatan itu sudah dipersetujui sejak awal.

Untuk rekod, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri antara 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021 iaitu selama 17 bulan sebelum jawatan itu disandang Ismail Sabri sehingga Parlimen dibubar dan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram