[VIDEO] Tak putus asa mengemis meskipun duit dah berkepuk terselit dalam baju di Simpang Renggam


  • Tular
  • Rabu, 23 Nov 2022

Tangkap layar seorang pengemis lelaki yang meminta duit di sekitar Simpang Renggam, Kluang, Johor.

MESKIPUN sudah memiliki banyak wang hasil pemberian ramai, seorang lelaki masih meneruskan kegiatan mengemis di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Ada berpendapat bahawa perbuatan itu sengaja dilakukan pengemis terbabit bagi mengumpul kutipan yang lebih banyak, namun sikapnya yang merendah diri dan tidak meminta-minta dipuji ramai dan mengundang perhatian warganet.

Sebaliknya, sikap si penderma yang dilihat sengaja mahu memerli dan menyakat pengemis itu dikatakan lebih memalukan dan kurang sopan.

Situasi itu sekali gus mengundang perhatian ramai warganet yang rata-ratanya turut bersimpati dan memuji sifat tidak kenal erti putus asa lelaki berkenaan.

Dikongsikan di laman TikTok, video yang mula tular sejak Isnin itu hangat diperkatakan dan menerima lebih 200,000 jumlah tontonan setakat ini.

Berdasarkan rakaman itu, si perakam dilihat mendermakan duit berjumlah RM5 kepada lelaki tersebut sambil meninggalkan pesanan bernada sinis kepadanya.

"Aku bagi duit ni jangan beli macam-macam pula, doakan aku murah rezeki.

"Jangan beli rokok pula, tapi kalau beli k***m tak apa," katanya.

Susulan situasi tersebut, ruangan komen TikTok dihujani ramai kecaman dan tohmahan daripada warganet yang berang dengan sifat riak lelaki tersebut.

Didakwa tidak ikhlas dan telus dalam memberikan bantuan, rata-rata mengecam perbuatan berkenaan.

"Macam ini ke cara menderma, kenapa perlu persoalkan apa dia mahu beli dan buat dengan duit yang diterima itu kan hak dia," kata Fairuzzizam.

"Bukan nak kata apa, tapi kalau bersedekah kalau tak ikhlas pun apa gunanya, silap-silap pengemis itu lagi mulia hati dia," jelas fazie0901.

"Siap minta orang itu doakan murah rezeki bagai, kalau betul dia ikhlas tak perlu pun nak meminta lebih-lebih, cukup bagi duit pergi dari situ," tambah Adibb.98.

Namun, belum ada status lanjut berkenaan pengemis itu daripada pihak polis dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh tampil untuk membuat laporan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram