
WARGA kota kini boleh menyewa pada kadar kurang daripada RM900 dengan siapnya rumah Rumah Majlis atau Council Home yang dibina atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Residensi Sungai Udang yang memiliki 1,251 unit di Pintasan Segambut berfungsi sebagai kediaman transit kepada warga kota sebelum berkemampuan membeli kediaman pertama.
Kediaman itu terdiri daripada tiga blok bangunan dengan dua blok mempunyai 32 tingkat manakala satu lagi blok setinggi 34 tingkat.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, Rumah Majlis itu bagi memenuhi keperluan kumpulan B40 dan M40.
“Kami menerima lebih 800 permohonan sejak Februari tahun ini.
“Sekarang, terdapat kira-kira 600 unit lagi dan kami masih memproses beberapa permohonan,” katanya sambil menambah penyewa boleh tinggal di situ selama tiga tahun sahaja.
Menurutnya, sehingga kini, terdapat 3,621 unit sedang dibina di Bandar Tun Razak, Bandar Baru Sentul dan Taman Desa Seputeh di Kuala Lumpur termasuk Residensi Sungai Udang yang siap dibina.
“Projek Rumah Majlis seterusnya akan ditempatkan di Bandar Tun Razak.
“Ia dijangka siap dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan surat tawaran kepada pemohon yang berjaya di Residensi Sungai Udang.
Pada majlis itu, seramai 280 pemohon yang berjaya dan 224 kakitangan DBKL menerima surat masing-masing.
Residensi Sungai Udang menelan belanja RM345 juta.
Unit-unit itu mempunyai keluasan minimum 750 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Satu daripada tiga blok di Residensi Sungai Udang itu akan menjadi kuarters kakitangan DBKL.
Antara kemudahan penyewa ialah gelanggang futsal, taman permainan, tadika, kolam renang, dewan serba guna serta bilik pengurusan jenazah.
Selain itu, terdapat juga 38 unit kedai komersial di dalam bangunan berkenaan.
Mahadi berharap inisiatif rumah majlis itu akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar.
Terdapat juga 38 unit kedai komersial di dalam bangunan.
Mahadi berharap inisiatif Rumah Majlis akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar.
“Blok A dan B yang disewakan kepada orang ramai pada kadar RM850 sebulan.
“Ini jauh lebih rendah daripada harga pasaran yang boleh menelan belanja kira-kira RM1,500.
“Ia boleh berfungsi sebagai rumah transit untuk golongan muda yang mula bekerja di Kuala Lumpur. Mereka boleh memulakan simpanan bagi pembelian rumah baharu sambil menyewa Rumah Majlis ini,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram