BN mahu kekal sebagai pembangkang, Warisan sokong PH bentuk kerajaan


  • Politik
  • Selasa, 22 Nov 2022

Ismail Sabri (kiri) dan Shafie Apdal (kanan).

DEWAN Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk Kerajaan Pusat.

Perkara tersebut disahkan Datuk Seri Ismail Sabri melalui halaman Twitter miliknya pada Selasa.

"BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," ciapnya.

Sementara itu, Parti Warisan Sabah (Warisan) menyatakan sokongan kepada PH dan BN sebagai gabungan yang boleh membentuk kerajaan.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan memberi sokongan kepada PH dan BN kerana kedua-dua parti politik itu mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan majoriti rakyat mengundi PH dan BN.

"Oleh yang demikian, PH dan BN seharusnya diberikan pilihan pertama untuk membentuk kerajaan.

"Sokongan ini juga berteraskan bahawa kerajaan Persekutuan baharu akan menyelesaikan sepenuhnya 21 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada masa sama, Warisan turut berharap PH bersama BN bagi membolehkan kerajaan Persekutuan dibentuk. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram