TINDAKAN seorang warga asing dipercayai rakyat Pakistan bertikam lidah dengan orang tempatan mengundang kemarahan netizen selepas lelaki itu menunjukkan isyarat jari tengah.
Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah jalan raya utama di Kuala Lumpur berdasarkan papan tanda yang menunjukkan arah KLCC.
Melalui video tular yang dimuat naik oleh mohdsholihin23 di halaman TikTok miliknya pada Jumaat lalu memaparkan kedua-dua lelaki terbabit sedang bergaduh mulut di tengah-tengah jalan raya.
"Pakistan tunjuk F**k sebab kena hon dengan brother India," tulisnya.
Dalam video berdurasi seminit lebih itu menunjukkan lelaki tempatan berkenaan terus memberhentikan motosikalnya sebelum berjalan ke arah kenderaan jenis Perodua Aruz yang dipandu warga asing tersebut.
Dia kemudiannya dilihat memarahi pemandu kereta tersebut.
Turut kedengaran individu tersebut menjelaskan situasi sebenar kepada perakam video berkenaan selepas disapa.
"Saya menunggang motosikal, jalan lurus. Tiba-tiba kereta itu menukar laluan tanpa memberikan lampu isyarat. Saya hampir terlanggar dia tadi.
"Saya hon dan tegur tapi dia boleh tunjuk isyarat lucah," kata lelaki terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan individu tersebut memarahi warga asing berkenaan.
Menurut appleuser43226, berasakan lambakan warga asing yang banyak menyebabkan mereka semakin berani dengan orang tempatan.
"Sekarang warga asing dah tak takut dah dengan orang Malaysia. Mana-mana kita pergi semua ada mereka sampai kita yang jadi takut," tulisnya.
Sementara itu user2822357387987 berkata, warga asing lebih mewah daripada rakyat tempatan sekarang.
"Pakistan pakai kereta, Malaysian pakai motor. Begitu mewahnya warga asing ini," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram