Pengaruh 'daddy' bantu Mohd Nizar menang, Tuan Ibrahim teruskan penguasaan PAS


  • Politik
  • Ahad, 20 Nov 2022

TUAN Ibrahim meneruskan penguasaan PAS.

PENGARUH bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ibarat memberi impak kepada anaknya, Datuk Mohd Nizar untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya.

Mohd Nizar yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 7,823 selepas mendapat 19,337 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Cikgu Talib (11,514 undi); calon Pakatan Harapan, Tugimon Abdul Hamid (2,511 undi) dan calon bebas, Tengku Datuk Hisham (193 undi).

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi kerusi DUN Cheka dengan majoriti 1,223 undi.

Tuan Ibrahim memperoleh 5,634 undi menewaskan calon BN yang juga Pengerusi MCA Lipis, Ho Fong Mee yang mendapat 4,411 undi, Rashid Mohamad (PH) 2,255 undi dan Aishaton Abu Bakar (GTA) 81 undi.

Di DUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long yang merupakan penyandang kerusi berkenaan berjaya memperoleh 7,198 undi sekali gus mengalahkan Ruzi @ Nata Yusoff (PH) (1,203), Muhamad Khaider Kamil (PN) (6,691).

Calon yang tampil dengan kempen unik, Mohd Rostam Mustapha dari GTA pula sekadar meraih 176 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram