CALON Parti Warisan (Warisan), Datuk Shafie Apdal berjaya menepati ramalan ramai selepas berjaya mempertahankan kerusi P.189 Semporna.
Pertembungan empat kerusi itu tidak memberi tentangan hebat kepada bekas Menteri Besar Sabah itu selepas memperolehi 28,702 undi.
Keputusan itu menyaksikan Shafie meraih majoriti 20,810 undi mengatasi pencabar terdekat, Nixon Abdul Habi yang bertanding di bawah tiket Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sementara itu, adik kepada Shafie, Datuk Mohamad Yusof Apdal menang dengan majoriti undi 4,376 di P. 188 Lahad Datu, Sabah.
Berdasarkan pengiraan undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau menang tipis mengumpul 27,116 undi sekali gus mengatasi pencabar terdekat, Maizatul Akmam Alawi yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 22,740 undi.
Sementara seorang lagi calon bertanding, Oscar Sia Yu Hock hanya mengumpul 8,289 undi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram