Jelitawan Jo-Anna Sue, calon termuda Peggy hilang wang deposit


  • Politik
  • Ahad, 20 Nov 2022

(Dari kiri) Peggy dan Jo-Anna gagal meraih perhatian pengundi di parlimen masing-masing.

CALON paling muda Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Peggy Chaw Zhi Ting hanya mampu berpuas hati mengumpul 86 undi.

Penampilan kali pertama itu menyaksikan dia sukar untuk berdepan empat lawan hebat selain gagal untuk meraih perhatian pengundi di parlimen tersebut.

Dia yang bertanding mewakili parti Bebas untuk kerusi parlimen P.181 Tenom jauh jauh ketinggalan berbanding seorang lagi parti Bebas Riduan Rubin.

Riduan menang mudah dengan memperoleh undi sebanyak 10,027 sekali gus meraih majoriti besar 1,108 meninggalkan pesaing terdekat, Noorita Sual yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan.

Sementara itu, calon pilihan Warisan di Parlimen Tuaran, Jo-Anna Sue Henley Rampas juga sukar untuk menduduki kerusi itu selepas wakil dari Pakatan Harapan (PH), Madius Tanggau menang dengan majoriti 233.

Calon berusia 33 tahun itu hanya berjaya meraih 5,728 undi selepas kali pertama bergiat dalam arena politik.

Pertembungan enam penjuru di parlimen tersebut juga menyaksikan penyandangnya, Datuk Seri Madius Tungau gagal untuk mempertahankan kerusi itu selepas hanya mengumpul 24,943 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram