
PENYANDANG Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim terus mengekalkan penguasaannya selepas menang dengan majoriti sebanyak 23,216 undi.
Shahidan yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) itu meraih 31,458 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozabil Abd. Rahman sekadar memperoleh 8,242 undi dan Fathin Amelina daripada Pakatan Harapan (PH) pula 7,089 undi.
Selain itu, PN juga mendahului di Parlimen Kangar menerusi calonnya, Zakri Hassan yang memperolehi 4,406 undi dengan diikuti rapat Datuk Fathul Bari Mat Jahya (BN) dengan 3,042 undi manakala Noor Amin Ahmad (PH) memperolehi 3,196 undi.
Datuk Zahida Zarik Khan (BN) yang memperolehi 451 undi juga ketinggalan kepada calon PN, Rusydan Rusmi yang memperolehi 1,438 undi.
Sementara itu, calon PN bagi kerusi Parlimen Kangar, Zakri Hassan menang dengan majoriti 9,192 undi biarpun berdepan dengan calon BN, Dr Fathul Bari Mat Jahya.
Sementara itu, Zakri menang dengan undi sebanyak 24,562 manakala Fathul Bari memperoleh sebanyak 15,370 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH) Amin Ahmad pula memperolehi undi sebanyak 15,143 diikuti calon GTA, Nur Sulaiman Zulkapli dengan 708 undi manakala calon Warisan Prof Dr Rohimi Shapiee hanya memperoleh 417 undi.
Dalam pada itu, di Dun Titi Tinggi juga menyaksikan Zahidi tewas kepada calon PN, Izizam Ibrahim yang memperoleh 5,601 undi.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram