PH tunjuk jalan keluar buat Peja & isteri


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Anwar merampas kedudukan penghulu undian daripada Peja.

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi hati pengundi Parlimen Tambun selepas menang dengan majoriti 4,174 undi.

Anwar memperoleh 20,412 undi sementara itu, penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mempertahankan kedudukannya selepas memperoleh 16,238 undi.

Selain itu, Anwar turut menewaskan calon BN yang juga Ketua Umno Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat 9,667 undi dan calon GTA, 394 undi.

Sementara itu, isteri kepada Peja, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi juga tewas di Parlimen Tanjong Malim dengan meraih 21,599 undi.

Nolee kalah dengan calon Pakatan Harapan, Chang Lih Kang yang meraih 25,140 undi.

Sementara itu, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menang dengan majoriti 1,237 undi.

Saarani yang bertanding atas tiket BN memperoleh 5,468 undi menewaskan calon PN, Jamil Yahya (4,231 undi) dan Mohd Sabri Abdul Manaf (PH) 1,637 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram