Kejutan di Permatang Pauh buat Nurul Izzah, Kepala Batas tolak Reezal Merican


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Nurul Izzah dijangka tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

SETAKAT ini, tujuh daripada 13 kerusi yang dipertandingkan kerusi di Pulau Pinang berjaya ditawan oleh parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH) setakat yang diumumkan oleh Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam sidang akhbar di Pusat Pemantauan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bukit Mertaja pada Ahad.

Bagaimanapun, calon ‘heavyweight’ PH, Nurul Izzah Anwar tidak menepati ramalan selepas dikalahkan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang meraih sebanyak 28,908 undi setakat keputusan rasmi sebentar tadi.

Calon PN itu memenangi kiraan undi berbanding Nurul Izzah yang memperolehi 22,918 undi sahaja.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan yang disandangnya pada PRU14 juga.

Berdasarkan kemaskini di laman sesawang SPR, beliau memperolehi sebanyak 55,797 undi selepas keputusan rasmi daripada pusat penyerahan undi dikira.

Keputusan rasmi itu mengesahkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bagan yang disandangnya pada PRU14 juga.

Parlimen Bagan P043 menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, Pejuang, PH dan PN.

Sementara itu, calon tumpuan Perikatan Nasional (PN), Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan berjaya menewaskan empat lagi calon lain dari PH dan BN setakat keputusan tidak rasmi.

Keputusan itu dilaporkan selepas undian daripada pusat mengundi dikira pegawai SPR dengan mengumumkan itu menerima 31,116 undi.

Di Parlimen Kepala Batas, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga gagal mempertahankan kerusi tersebut selepas mengumpul 25,737 undi.

Reezal Merican dikalahkan oleh calon PN, Dr Siti Mastura Mohamad, 33, yang menjadi satu-satunya calon tunggal wanita daripada PAS bagi PRU15 di Pulau Pinang dengan memenangi majoriti 2,867.

Sementara itu, di Parlimen Nibong Tebal turut menyaksikan calon PH, Fadhlina Sidek mendahului keputusan rasmi di kerusi berkenaan dengan meraih sebanyak 42,188 undi.

Parlimen Nibong Tebal menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon BN, PH, PN dan Bebas.

Kerusi ketiga yang berjaya ditawan oleh parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah Parlimen P045 Bukit Mertajam.

Penyandang kerusi itu, Steven Sim kini jauh mendahului calon lain apabila memperoleh sebanyak 19,379 undi mengatasi dua lagi calon iaitu Steven Koh dari PN dan Tan Yang Pang dari BN apabila masing-masing hanya memperoleh 2,881 dan 1,786 undi..— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram