BEBERAPA calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Melaka menepati ramalan selepas mempertahankan kerusi masing-masing berdasarkan undian rasmi.
Calon Pakatan Harapan (PH) Adam Adli Abd Halim menang di Parlimen Hang Tuah Jaya dengan undi sebanyak 39,418 dengan majoriti 8,638 menewaskan dua lagi pencabarnya Mohd Ridhwan Mohd Ali (BN) 30,780 undi; Mohd Azrudin Md Idris (PN) 23,549 dan Sheikh Ikhzan (PEJUANG) 739 undi.
Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) berjaya mengekalkan pengaruhnya di P134 Masjid Tanah selepas meraih 25,604 undi.
Pengiraan itu menyaksikan penyandang kerusi itu meraih majoriti kira-kira 4,411 kerusi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Wahid.
Calon Muda, Mutalib Uthman hanya meraih 7,445 undi sementara Handrawirawan Abu Bakar memperolehi 507 undi yang sekali gus gagal menyaingi Mas Ermieyati.
Dalam masa sama, penyandang kerusi Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong mengekalkan kedudukannya selepas menewaskan empat calon yang lain.
Calon DAP itu menang dengan jumlah undi sebanyak 73,995, jauh meninggalkan calon lain Suhaime Borhan (PN) 27,575 undi; Kon Qi Yao (BN) dengan 20,686 undi dan Datuk Dr Norazlan (BEBAS) 925 undi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram