Petugas SPR meninggal dunia ketika bertugas di Klang


  • 112
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Petugas SPR itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di bilik kecemasan.

SEORANG petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika bertugas di sebuah pusat mengundi di Klang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kematian berlaku sekitar 12.15 tengah hari di SMK Methodist ACS di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor.

Kami menerima maklumat bahawa seorang lelaki berusia 45 tahun yang bekerja untuk SPR jatuh pengsan semasa duduk di dalam kereta.

"Sebuah ambulans membawa lelaki itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, lelaki itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di bilik kecemasan.

“Pemeriksaan dengan isteri mangsa mendapati dia pernah menerima rawatan sakit jantung sebelum ini.

“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya sambil menambah kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram