SEPASANG suami isteri terbunuh manakala anak mereka berusia tiga cedera dalam satu kemalangan di KM46, Jalan Johor Bahru-Mersing, Johor pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah, superintendent Hussin Zamora berkata, keluarga itu sedang menghala ke Skudai setelah isterinya, 31, membuang undi di Lok Heng, Kota Tinggi, Johor.
"Siasatan mendapati si suami, berusia 37 tahun, tiba-tiba hilang kawalan pada kereta mereka lalu terbabas ke laluan bertentangan.
"Keadaan itu menyebabkan keretanya dilanggar oleh kereta di laluan bertentangan itu," katanya dalam satu kenyataan.
Superintendent Hussin menambah, kedua-dua pasangan suami isteri itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya mengalami patah pada kaki kanan.
“Kemalangan berlaku ketika cuaca hujan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Moh Rafi Mohd Nor berkata, kanak-kanak itu diselamatkan orang ramai dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram