Keselamatan siber, kos sara hidup antara kebimbangan penduduk PJ


  • Politik
  • Sabtu, 19 Nov 2022

Penduduk setempat mengharapkan agar keselamatan siber melibatkan data peribadi dalam talian dapat diberi perhatian.

BARISAN calon Parlimen Petaling Jaya sudah bersedia untuk menyampaikan ceramah kempen mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kesemuanya dijemput hadir dalam satu acara bersama calon untuk pengundi membuat keputusan ketika hari pengundian.

Berlangsung pada Ahad lalu, acara tersebut dianjurkan oleh MyPj, gabungan NGO, profesional dan penduduk setempat.

Bertanding untuk kerusi tersebut ialah Chew Hien Tat dari Barisan Nasional-MCA, Lee Chean Chung (Pakatan Harapan-PKR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor (Parti Rakyat Malaysia), Mazween Mokhtar (GTA-Pejuang), Datuk Theng Book (Perikatan Nasional) dan Dr KJ John (Bebas).

PRU15

Selva Sugumaran antara penduduk yang hadir memberitahu kos sara hidup tinggi membebankan pesara.

“Harga barang di Petaling Jaya lebih tinggi 60 peratus berbanding di Klang. Sesuatu perlu dilakukan di peringkat dasar untuk meringankan beban kita kerana bukan semua orang mampu bawa diri dan berpindah ke kawasan lebih murah,” katanya.

Sementara itu, ibu tunggal dua anak, R. Theresa, 42, menjelaskan tahap pendidikan terlalu tinggi (berdasarkan keputusan peperiksaan) mungkin sukar dicapai hingga menimbulkan masalah mendapat tempat di universiti awam.

Sehubungan itu Theresa mengharapkan lebih banyak bantuan biasiswa diberikan berdasarkan merit kepada anak-anak daripada keluarga B40 dan M40.

Pengerusi MyPJ Jefrey Phang mahu melihat pembaharuan institusi dengan penyertaan orang ramai.

“Isu seperti nasib mereka yang tinggal di perumahan PPR perlu ditangani oleh Pesuruhjaya Bangunan,” katanya.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya Derek Fernandez berkata, Ahli Parlimen harus memperjuangkan isu keselamatan siber dan keselamatan data peribadi yang paling penting dalam era digital.

Pengundi kali pertama dan bekas naib presiden ahli majlis kanak-kanak Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Qamil Mirza Abdullah, 19, memberitahu, ahli Parlimen muda perlu didengari dan dihormati di Parlimen.

Untuk rekod, kawasan Petaling Jaya mempunyai penduduk miskin bandar yang tertumpu di kawasan projek perumahan rakyat Taman Medan manakala mereka yang berpendapatan tinggi kebanyakkannya tinggal di kawasan Bukit Gasing dan Seri Setia.

Kini terdapat 195,148 pengundi berbanding 140,920 pada PRU14. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram